Pages

Thursday, July 23, 2009

The Day is TODAY!

terima kasih tak terhingga kepada semua rakan-rakan yang bagi ucapan hepi besday... :) sayang korang.

firstly, abanglah... dia orang pertama yang akan wish hepi besday dulu - i love you, pastu baru msg dari mak abah... sorang satu send msg yang berlainan.

mak punya msg, "Askum.. selamat hari jadi yg ke 28. semuga berjaya dlm hidup pjg umur murah rezki dan dilimpahi rezki yg halal hingga keahir hayat"

dari abah pulak, "slm kom, slmt hri lahir. moga ceria spjg hayat. pjg umor. murah rzki. shat. beriman spjg hayat. amin"

terharu dapat msg dari orang yang kita sayang. Tapi aku paling terkesan dengan msg mak sebabnya msg besday tahun-tahun sebelum ni, dia salu doakan aku supaya dapat kerja tetap. Tapi lepas aku cerita tentang pendapatan yang aku dapat walaupun bekerja online dari rumah ni, mak dah ubah persepsi dia. Alhamdulillah, dengan meniaga online, aku dapat bayar ptptn dan bagi mak abah sket untuk setiap bulan. Walau tak banyak, dapatlah aku hulur sikit, hasil titik peluh aku. Dan kalau ada rezeki lebih, aku simpan dalam tabung haji dan tabung ptptn tu gak. Banyak pinjam study dulu, sampai mati pun aku rasa tak abis bayo. mmm... kalo mati, waris takyah bayo sebab aku yang pinjam, biar aku yang tanggung kat akhirat nanti, waris takleh tanggung.

Aku nak ni.


Tak pun yang ni je.



- my evening rambling - tatkala semua orang tido dan haku takleh tido.

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Hello KL

Dekat 2 tahun rasanya tak jejakkan kaki kat KL ni. Dah macam pelancong dah aku rasa. KL adalah rumah aku yg no2 selain JHR & TRG. Di sinilah tempat aku memulakan langkah pertama, menjejakkan kaki ke universiti, tinggal dengan abg long sekeluarga, jadi Nanny kepada anak-anaknya, pindah duduk serumah dgn rakan-rakan, merempit dari Kajang - Kelana Jaya dengan Yamaha Sport kesayanganku iteww, berjumpa rakan-rakan sekepala, berjumpa pakwe (laki gue sekarang ni ler), berkawen, menginap kat Gombak, beranak kat Selayang, konvo kat Bukit Jalil... dan akhirnya aku kembali semula di sini.

Walau tak lama, tapi sesekali aku lalu di tempat yang aku pernah lalu itu, terus terjengah kenangan lama. Ada manis - aku senyum. Ada pahit - aku masam dan terus berpaling ke arah lain yang lebih membuatkan aku tersenyum sendiri.

Hidup di KL memang banyak cabaran dan rintangan. Memerlukan dana yang banyak untuk menyara hidup di kota metropolitan ini. Aku tak tau apa akan jadi pada aku kalo aku terus tinggal di bumi KL sebelum aku menetap di KCH ini. KL lagi best dari KCH, tapi KCH lagi best dari KL. Dua-dua punya keistimewaannya yang tersendiri.

Namun hakikatnya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... baik dok negeri orang, ada emas... hahha. Eh tak... kenalah balik negeri sendiri, JHR nu... takde kaitan ngan KL-KCH ni... hahaha

Di KL. Yang pasti, ini tiada di KCH. Aku pasti.


- apa da aku merepek di siang hari nih, kes boring nak soping takde keterlah nih ~ huh! -

Read more...

Friday, July 17, 2009

EPF


"sian Ai kan... takde EPF"


tiba-tiba terpacul ayat tu dari mulut abang... dia tengah bercerita pasal EPF dia yang dia keluarkan untuk bayar duit belajar MBA.

aku senyum je... senyum pait

dia sambung lagi, "tapi orang yang ada EPF tu semua jeles ngan Ai kan... "

uik... abang...

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki akal fikiran dan rezeki melimpah ruah. Nak kumpul duit gi haji ni.


p/s: tengah berkemas, esok nak balik KL-JHR-TRG sebulan.


Read more...

Friday, July 10, 2009

Buzy like a beeee

Assalamualaikum semua,

sihat tak hari ni? Aku dah 3 hari batuk selesema, sib baik tak demam, jangkit dari anak-anaklah ni. Asalnya Aidi batuk selesema dulu... rasanya dia dapat kat sekolah kot. Pastu turun ke Najlaa, pastu turun ke Sara. Aku pulak dok cium-cium Sara, sampailah dapat virusnya tu. Budak-budak ni dah nak baik, aku je tak abis-abis lagi batuknya. Abang sorang je yang imune takat ni. hehhee...

Huhhh... sibuk betul aku 2-3 minggu ni. Apa taknya, sekali dapat upah buat blog 4 biji sekaligus. Pastu selang sehari, tambah lagi 2 blog. Pastu tambah lagi 3 blog untuk update... pastu ada orang nak banner 3 bijik! fuhhh.... mana tak sakit aku. Ada kawan komen, "takpe-takpe, banyak masyuk... sakit pun takpe... hehhe"... kalo dah sakit, cemane nak buat kerja, ye tak?

Dalam tempoh aku tak update blog ni, banyak benda berlaku. Antaranya hadiah tak collect lagi. Kawan banyak kerja. Tunggu dia free baru pegi collect. Lama menunggu ni. Pastu ada 2 orang kawan kat sini dapat pindah balik semenanjung terus. Dua-dua dah 4 tahun lebih kat sini, Cikju dan Kak Azwa.

Kisah Cikju ni betul-betul menyayat hati. Aku kenal dia dari semenanjung lagi, kawan-kawan 1 forum yang dah jumpalah. Selang setahun dia duduk kat Kuching ni, kami pulak pindah ke sini. Dia cikgu j-Qaf. So maybe dalam 3 tahun pertama tu tak boleh balik semenanjung. Setahun lepas tu, dia kawen. Husband dia tinggal kat sem, dia kat sini. Selang sebulan mereka bergilir-gilir jumpa. Bulan ni dia balik kampung, bulan depan hubby dia datang ke sini dan berikutnya. Dan alhamdulillah, tak lama lepas tu dia preknen. Dipendekkan cerita, due nak bersalin pun dah tak lama. Lagi 2-3 hari macam tu. Tup-tup aku dapat mesej dari kawan serumah dia, "baby cikju dah takde, ni kat hospital nak bersalin gak"... lebih kurang macam tulah. Babynya dah sehari tak gerak, bila cek denyut jantung dah takde. Terkedu aku dengar. Hanya kawan dan ibunya sahaja yang menjadi teman sepanjang di hospital. Suaminya masih lagi di dalam kapal terbang dari semenanjung dan tiba di sini untuk melihat arwah anaknya, solatkan dan terus kebumikan. Dekat sebulan jugak nak recover dari kesedihan tu menurut cikju. Namun Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. Lepas 3 bulan dia bersalin, dia mengandung lagi. Sesungguhnya Allah Maha Adil.

Kali ni memang dia jaga sungguh-sungguh kandungannya. Tak drive sangat, tak aktif sangat. Suaminya pun concern sangat-sangat. Masih jarak jauh lagi dengan suaminya ni. Dipendekkan cerita, duenya lagi sebulan, dia dah pulang ke kampung. Amik cuti tanpa gaji rasanya. Yelah, anak yang ditunggu-tunggu selama ni, kenalah bagi perhatian lebih sikitkan. Akhirnya keluar juga permata hati mereka secara ceaserean sebab baby besar. Lelaki kali ni, yang arwah dulu tu perempuan. Suami, mak mertua, pak mertua, mak dia semua ada kat hospital. Alhamdulillah, ada suami yang mengazan dan mengiqamatkan baby. Dah selesai azan semua, pulanglah suami, mak mertua dan pak mertua ke rumah sebab nak solat subuh sebab cikju beranak awal pagi. Maka berita yang tak disangka-sangka, suami, mak mertua dan pak mertua menemui ajal pagi itu. Kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori dan meninggal serta merta kalau tak silap. Dia pada masa tu yang tak boleh bergerak (operate, mmg susah nk gerak), hanya dimaklumkan lewat petangnya. Doktor menasihatkannya kalau nak melihat arwah, risiko sakit kat bahagian jahit tu kena tanggung sendirilah. Maka dia pun meredhakan pemergian suami tercinta. 2 bulan setengah lepas tu barulah dia pergi melawat kubur arwah dan berita perkhabaran untuk pulang selamanya ke semenanjung adalah satu lagi menunjukkan Allah betul-betul Maha Adil. Semoga Cikju dan Fathi gembira dan tenang di kampung.

Muhammad Fathi bin Mohd. Fuad, 2 bulan lebih


Gambar kenangan sebelum berpisah. Entah bila bertemu lagi. (Aku nampak gumukskan!)


Kisah kawan lagi sorang ni takde sedih sangat. Dia ni baru kawen Gawai baru ni (akhir bulan 5). Suami kat semenanjung, dia kat sini. Mintak pindah dari tahun lepas lagi tak dapat-dapat. Majlis resepsi 1/8 ni pulak tu. Pastu last month keluar list transfer (satu ofis ngan mr hubby aku). Tengok-tengok nama dia takde. Frustlah kawan tu. Esoknya listnya sambung lagi, alhamdulillah nama dia naik. Kiranya hadiah perkahwinan gaklah ni, dia dapat transfer balik di sisi suaminya tercheenta. Malam khamis semalam ni, kami meraikan rakan-rakan yang akan pindah terus ke semenanjung (ada 3 orang semuanya) di The Banquet, sedap gak makanannya dalam pada aku tengah batuk-batuk tak sihat ni. Hehhe. Paling berasap adalah shark fin yang pedas dan panas, tak penah lagi aku makan sebab selalunya tak pedas.

Bila mak-mak (& 2 dara) berjumpa, borak tak ingat. Yang dirai tu yang tudung bercorak kaler pepel.


Suasana dalam The Banquet ada 3 meja bulat. Buffet dok belah kanan gambar ni. (enterprem plak si Najlaa ni)


"Nasi goreng tak sedap, kita layan buah jelah laa", abang Aidi kata.


Sesi ucapan goodbye dan bagi2 hadiah. Najlaa participate tepuk tangan.


2 out of 5
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...