Pages

Thursday, April 30, 2009

Puan Sri Laila Taib meninggal dunia

29 April 2009, KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia pada 3.45 petang ini akibat kanser di kediaman mereka, Demak Jaya di sini.

Laila, 68, meninggalkan suami, empat orang anak, termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman, dan 15 cucu.

Mengesahkan berita itu, Setiausaha Akhbar Taib, Amin Sahmat, berkata upacara pengkebumian akan diadakan di perkuburan Islam Demak di sini pagi esok.

Antara kenamaan yang berkunjung awal memberi penghormatan terakhir di Demak Jaya petang ini ialah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Sarawak, dan isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Laila, kelahiran Poland, dan Taib berkahwin di Adelaide, Australia pada 13 Januari 1959 ketika Taib sedang mengikuti pengajian untuk ijazah undang-undang.

Laila tiba di Sarawak pada 1962. Nama remajanya ialah Lejla Chaleck.

Sebagai mengiktiraf pembabitan aktif beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatan, termasuk sebagai presiden Badan Amal dan Tenaga Sarawak (SABATI), beliau dianugerahi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang, yang membawa gelaran "Datuk Amar" pada 1988.

Beliau adalah juga Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) (Pengerusi Jawatankuasa Wanita). Penubuhan Tabung Amal Kanser Laila Taib adalah satu daripada beberapa bukti tentang minatnya untuk membantu pesakit yang memerlukan dan menentukan aktiviti penyelidikan dapat dijalankan demi faedah rakyat. - Bernama

------------------------------------------------------------

Arwah sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak, Kuching jam 12 tengahari tadi. Al-Fatihah.
Read more...

Thursday, April 23, 2009

Happy Birthday ABANG & MAK

Assalamualaikum semua,

hari ni birthday abang yang ke 33 dan mak yang ke 59. Semoga dipanjangkan usia untuk beramal ibadah, dimurahkan rezeki dan sayang selalu. Diorang share tarikh.

Pepagi lagi aku dah plan nak buat apa untuk hari ni. Jeng jeng jeng... nanti, takleh kasi tau. Mr Hubby tak balik lagi, tak suprise. hheheh... nanti malam kang aku update lagi ye. Nak siap-siap dulu ni...








sambungan...

aku buat kek batik je... tulis atas kek guna mayonis. Abang dah nak balik, aku print kad dari sini. Senang, takyah beli kad... print je. Bila abang dah buka pintu pagar, aku soh Aidi buka pintu. Happy Birthday To You... potong-potong kek kitorang2 je.

layan gambar besday... :)

Cun tak? hehhe


Potong kek atas meja baru. (ari khamis, baju batik ler, tag pun tak buka lagi)


Sibuk nak merasa mayonis

p/s: hadiah postpone next week ye.
Read more...

Friday, April 17, 2009

Allah mana mi?

Assalamualaikum semua,

salam Jumaat nan indah lagi berkat. Semoga semuanya dalam keadaan yang ceria dan dilindungi dalam rahmat Allah.

Sejak Aidi dah sekolah, banyak persoalan timbul dalam otak dia. Kadang-kadang, tak tau nak jawab apa. Takut aku terangkan, dia tak faham. Takut tersalah tafsir pun ada. Maka aku dengan berhati-hati menjawab segala persoalannya.

Tadi, tika aku memotong kuku kakinya (ambil berkat potong kuku hari Jumaat)... mata dia tengok kartun tapi mulut dan otaknya berlegar soalan ini,
Aidi: "Allah mana mi?"
aku dengan tenang menjawab ringkas,

Aku: "Allah ada, tapi Aidi tak nampak, semua orang tak nampak. Macam angin, Aidi nampak rambut ummi goyang sebab ada anginkan?, (dia angguk) tapi Aidi tak nampak angin. Macam tulah Allah, Dia ada tapi kita tak nampak".
Dia setuju dengan kata-kataku.

Tentang alam persekolahannya pula yang baru menjangkau sebulan setengah (masuk lambat sebab umminya pantang), aku lihat banyak dah perkembangannya. Tapi tiap kali nak ke sekolah, punyalah liat. Abang punya turn untuk pujuk dan mandikan dia. Turn aku pulak untuk pujuk lepas mandi dan bersilat bagai untuk pakaikan baju seragam dia.

Tapi bila time aku ambil dia dari sekolah (balik jam 12 tghari), senyum lebar je. Dalam keter on da way balik, selalu aku tanya dia belajar apa hari tu. Dia pun bercerita sambil makan bekal yang tak habis. Sampai rumah, terus mengaplikasikan apa yang dia belajar hari tu. Sambil mulut menyanyikan zikrullah, sambil tulah dia menulis, melukis. Siap dia buat, dia serah ke aku pula. Semalam, tiba-tiba dia cakap, "si siek, lau she"... aik, ada belajar mandarin ke? dia buat tulisan cina sekali. Tak tau pulak aku kat Taski ABIM ada belajar Bahasa Mandarin. Setahu aku, ada kelas Smart Reader selepas jam 11.30 pg. Setengah jam je tapi tepat jam 12 dah menanti nak balik sambil main slide.

NAJLAA

Bila abangnya takde kat rumah, jadi mati kutu budak sorang ni. Dia tak suka tengok tv sangat. Mungkin sebab umurnya baru 2 tahun 3 bulan, so tak ambil port sangat. Kalau ada Tom and Jerry ke Princess ke Mr. Bean ke, baru tengok. Tupun tengok kat pc atau labtop, sambil kacau aku buat kerja kat labtop nilah. Masa tengah taip ni pun, screen ni kena divide 2... sebelah internet, sebelah princess.... mmm...

Semalam, masa dia tengok tv (dia layan je apa-apa citer), aku tengok dia kejap... senyap je budak ni, buat apa tu. Sekali tengok-tengok, dia tengah cat kuku dia guna magic color! habis kuku kakitangan semua bercat. Perempuan. Agaknya dia tengok aku berinai hari tu kat kampung. Inai Mekah. Sesekali teringin, catlah kuku ni kaler merah dengan inai tu. Tak sangka dia ikut. Isk isk isk... Kadang-kadang ternampak dia ambil something macam bateri keter abg dia ni, dia lalukan kat bibir. Ala, macam letak gincu tu. Ni pun sah-sah ikut aku. Hahahha.

Tapi sesekali hangin dia datang (nak-nak time nak tengahari nak tido), dia punya nangis tu memang menguji kesabaran betullah. Sampai tendang2, sepak2... Air mata murah abah dia kata.


QAISARA

Dah nak masuk 4 bulan 19hb ni. Dah mula angkat kepala masa baring tu. Abis, dok intai abang kakak dia gaduh je, naklah join sekali... hehehe. Kalau dia tengah nangis, orang tak pedulikan dia, nangis sampai gigil-gigil kaki tangan. Laju je tangan dia. Tapi aku syukur sangat, sebab dia macam Najlaa masa baby dulu. Tengahmalam tak bangun! Jam 10 malam dah merengek nak nenen dan tido, tutup lampu terus tutup mata. Karang tengahmalam, kalau aku terjaga sendiri, aku nenen dia. Kadang-kadang tangan dia pukul-pukul badan aku (siap kayuh-kayuh lagi tangannya tu) dan aku tersedarlah tapi selalunya aku tak bangunlah (kes tido mati). hehhe... sampai jam 5, baru dia nangis sikit-sikit nak nenen lagi. Lepas solat subuh, aku sambung nenenkan lagi (+ aku tido sket, sket je sbb kul 7 kena buat bfast).

Sampailah jam 10 pagi baru bangun... nenen sampai kenyang + mandikan terus. Selang sejam (atau kurang) dia tido semula. Masih baby, tido jelah kijenya.

Aku... masih di sini. Ambil upah buat blog orang + urus bisnes sikit-sikit ni + nak masak kejap lagi. Hari ni Jumaat, mr hubby balik makan tengahari. Oh ya, hari ni Aidi tak sekolah sebab ada Hari Prestasi, abang je pegi sorang pagi tadi nak dengar apa cikgu dia cakap pasal Aidi. Seminggu lepas masuk sekolah hari tu terus exam. Ntah apa dia jawab agaknya. Budak-budak. ehhehe

Mr Hubby akan menduduki final exam selepas 2 hari bufday dia i.e 25/4. Good Luck ye bang. Semalam abang tengok Exora, ada orang kepingin nak beli sebiji. Sayang MyVi hijau ku iteww... banyak berjasa.

dah stop... banyak pulak membebel ye. heheh

Read more...

Wednesday, April 08, 2009

Qaisara - latest photo

Assalamualaikum semua,

aku takde mood nak buat apa hari ni... so buat editing sket... ni Sara 3++ mths... 19hb ni dah masuk 4 bln, berat dah 6kg! tak larat nak dukung lama-lama.

enterprem lagi 2 orang ni...


Read more...

Wednesday, April 01, 2009

Gelihati dibuatnya

Assalamualaikum semua,

semoga pembaca semua berada di dalam lindungan dan rahmat Allah Taala. Mengenai entry yang lepas, alhamdulillah... tiada sebarang ancaman yang kami terima tetapi... ada tetapi pulak tu... selang beberapa buah rumah dengan rumah kami ni, telah dirampok! jam 5 pagi pulak tu dan 3 buah rumah yang kena. Dalam minggu lepas nilah. Siap masuk Borneo Post lagi. Alhamdulillah, kami selamat.

Ni nak cerita ni... semalam masa aku nak gi amik Aidi kat taski, macam biasalah... aku Q sampai dapat betul-betul depan pintu pagar taski dia baru aku keluar, tapi sebelum keluar keter aku peratikan Aidi kat mana dulu (Taski Aidi ni rumah orang corner lot). Aku kena dapatkan parking depan pintu pagar sebab ada 2 orang kecik dalam keter ni, takleh tinggalkan.

Ok, nampak kelibat Aidi, aku perati je dia dulu. Syok main slide nampaknya. Alih-alih dia gi kat kawasan budak pompuan... adalah 4-5 org kat situ. Tapi dia ada buat aksi semacam je kat sorang budak pompuan ni sampai budak pompuan ni tutup-tutup muka. Nak tau dia buat apa? sekali dia buat macam ni... tangan atas kepala, lidah terjelir-jelir, mata pusing-pusing... aku dok gelak sorang-sorang dalam keter. Najlaa pelik tengok umminya gelak sorang-sorang. 2-3 kali Aidi gi aim kat budak pompuan yang sama. sampai berguling-guling budak pompuan tu dibuatnya.

Dah takleh tahan gelak aku masuk je gi kat dia. Sampai panggil pun tak dengar, aku tarik tangan dia. Dah masuk keter aku tanya dia. "Kenapa kacau budak pompuan tu? Aidi buat apa kat dia?"... dengan selamba dia jawab, "buat hantu!!"... ceesss... "macam mana Aidi buat tadi?"... dia pun buat aksi tu lagi... kali ni aku pulang yang terguling-guling gelak sampaikan terlupa nak turunkan handbreak. Sampai rumah aku nak tarik handbreak, aik... dah tarik, bila masa aku tarik... hahahahaahhh... nasib baik takde pape... adalah 5 min perjalanan dari sekolah ke rumah ni.... call abang, terkejut abang dibuatnya. Balik kang dia cek.

**aku tak suka roundaout... apsallah kat Kuching ni banyak sangat roundabout. Pegi balik je 2 roundabout kena lalu... fuh!
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...