Pages

Wednesday, November 05, 2008

Apam Gandum

wah, rajin pulak aku masak makan petang akhir-akhir ni... saja je... dah ada bahan, tapi rasa nak buat something... so, cari-carilah resepi kat internet ni... untuk hari ni, aku dapat resepi ni.

Resepi: Apam Gandum
Bahan-bahannya:
500 gm tepung gandum
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 pek yis (11 gm)

Cara-caranya:
1) Blend semua bahan-bahan di atas. Agak-agaklah muatan blender anda besar mana, buat 2-3 kali blend pun takpe.
2) Pastikan semua bahan dikisar sebati.


3) Keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen. Make sure besen lagi besar sebab nanti adunan ni akan berkembang 2-3 kali ganda.
4) Peram selama 1 jam

Kes tak dapat agak dia kembang banyak mana. Sekali melimpah-limpah keluar dari besen. Terpaksa cedok ke bekas lain.

5) Dekat-dekat sejam tu, panaskan kukusan.
6) Tukar tempat adunan tadi, masuk ke dalam loyang. Yang ni tak besar sangat pun takpe sebab dia tak mengembang lagi dah.
7) Kukus selama 10-15 min. Matikan api dan sejukkan apam. Enak dimakan bersama kelapa parut yang putih tu gaul ngan garam sket. Itu je, simple tapi sedaappp.

Sebelum

Selepas

Sedia untuk dimakan

Selamat Mencuba!

6 comments:

Tirana said...

Huaaa ai..rajin memasak..hehehe

Suhaiza Sa'at said...

masak biasa-biasa je kak... mana leh lawan akak... :)

Tyha said...

Sila paste kat BMC okeh

Suhaiza Sa'at said...

baik puan

Idayu said...

sedap2..nanti bolh cuba.

Suhaiza Sa'at said...

sila-sila idayu... sy ni jenis malas nak masak yg remeh2... masak yg simple tapi menyelerakan tu bolehlah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...