Pages

Thursday, July 24, 2008

Happy Birthday to me

23 Julai 2008

Happy Birthday to me... tua dah, yang ke 27... :)

malam sebelumnya abang, Aidi nyanyi lagu besday untuk aku... dah abis nyanyi baru Najlaa tepuk tangan... tapi Aidi tiba-tiba kata "stop!", aik napa plak ni? "Mana besday cakenya mi"... mesti dia ingat, kalau nyanyi lagu besday maksudnya kena ada kek... hehhe

pastu dah petang sikit, aku ingat nak buat besday kek untuk diri sendiri, pastu Aidi tanya, "mi, Aidi nak phone abah, nak buat suprise kat ummi"... hehhe... pandai betul dia merancang... lepas aku dailkan no hp abah dia, terus letak. Macam biasa, kira 123 dulu baru abah dia call balik... aisey, lupa semalam abang tengah course. Ada lawatan sambil belajar ke JPN Sarawak plak tu. hehhe... diorang bincang apa ntah 2 beranak, pastu aku pulak sembang ngan abang.

kul 4 lebih dapat msg dari abang, "malam ni makan pizza ek"... mmm, ok gak tu.

kul 5 lebih abang balik, selalu lepas parking keter, abang tutup pagar sekali... telinga aku ni sensitip banyak, adalah dengar keresek keresek... hehhe... bunyi plastik tu... huhhuu... aku takde kirim apa2...

pastu buka grill, dia sengeh2... hehhe... rupanya-rupanya, ada ni... :)
lepas nyanyi-nyanyi semua, apa lagi... makan kek ler... jarang rasanya makan kek SR ni... dah lama tak makan kek coklat, keknya pun taklah manis sangat... dah makan separuh baru rasa manissss... :) thanks abang.

lepas maghrib gi Pizza Hut, macam dah jadi kebiasaan pulak gi sambut besday ke anniversary ke kat tempat nih... heheh... tapi aku sekarang makan tak banyak sangat, baru makan sup, roti, nasi sket dan pizza 1 slice je dah kenyang... yang lain tapau. hehhe

dan tak lupa mesej-mesej wish hepi besday ni dari mak, abah, adik, akak... dan kawan-kawan yang lain. Thanks to all.
Read more...

Wednesday, July 16, 2008

Blog Award

Assalamualaikum semua,

dah delay banyak hari nak claim award ni... hari isnin lepas Kak Tirana ym, "Ai, jenguk blog akak untuk amik award"... hoh!! award pemenda pulaks ni... sy takde masuk mana-mana pertandingan ni kak... hehe... suspend betul bila soh claim award kat blog akak.

Anyway, thanks sebab bagi saya award ni walaupun bukannya hari-hari memblog, jenguk adalah... hihihi... here we are:


so lepas ni nak kena tag sapa-sapa pulak. Maka dengan ini beta turunkan waris ini kepada:
1) kak uda (the ever cun photographer in the world!)
2) hanny (the preetiest mak andam and ex-bahasa arab teacher)
3) noore (the sempoi mom-to-be)
4) kak sitisifir (the mom of 4 yang sibuk dengan kedai optmetrisnya)
5) yani (the coolest mom with 2 boys)

thank you for being my friend forever... :) aku hadiahkan ini pulak...





Read more...

Monday, July 14, 2008

Birthday gift in advance

Assalamualaikum semua,
lama lagi nak besday, lagi 9 hari tu tapi hadiah dah sampai dulu... abang bagi set Corelle - LUSH 12pcs... inilah set yang aku idam-idamkan walaupun tak dapat pilih dia punya theme tapi alhamdulillah. Dapat gak hak milik sendiri punya. Thanks abang, I love you forever.

Birthday gift bersama nasi lemak pagi semalam.

Read more...

Saturday, July 12, 2008

Kek Lapis Sarawak

Assalamualaikum semua,

lama tak update. Dah nak raya ni, sibuk sket. Ramai pula yang berminat nak jadi agen kek lapis di kawasan masing-masing. Setakat ni aku dah sediakan 24 40 sample kek lapis untuk 26 orang dealer. Semua aku buat sendiri, dari pergi beli kek, asingkan mengikut order hinggalah ke pejabat pos. Alhamdulillah, sambutan amat memberangsangkan. Yelah, nak cari duit lebih untuk raya ni. Beli lebih 10 biji ke atas, harga special menanti.

Tempoh order dari sekarang hingga sebelum 1 Ramadhan. 1 Ramadhan dah tak amik order. 1 Ramadhan dijangka 1/9/2008 ni, so ada masa untuk order kira-kira sebulan setengah lagi. Memang mula-mula ni takde order sangat, nanti dah nak dekat tutup order, banyak orang yang baru nak order atau tambah order.

Nanti jangan pulak ada yang marah aku sebab tak dapat kek lapis ye. Sebab aku dah war-warkan setahun sebelum puasa lagi... heheh... awal promo tu... hehhe

Ni contoh samplenya, RM23 termasuk pos ada 6 jenis, setiap 1 jenis anggaran 2 cm.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...