Pages

Tuesday, March 18, 2008

Surirumah... sibuknya dia!

Assalamualaikum semua,

selamat pagi dan semoga hari-hari yang anda lalui mendapat berkah dari Allah SWT. Lama tak mengarang ni... alhamdulillah, hari-hari makin sibuk dek tempahan dari customer. Inilah berkat orang yang sabar. Aku pujuk diri tatkala orang lain sedap duduk di kerusi di bilik berhawa dingin yang bergaji ribu-ribuan setiap bulan (bilik ofis aku kat rumah ni pun ada air-con jugak!).

Seperti tajuk kali ini, aku petik dari blog teman, kak tirana yang juga seorang surirumah beranak empat. Betapa sibuknya dia lebih-lebih lagi tika suaminya mulai bekerja di Australia tahun lepas.

Bagi aku pula, memang tak menang tangan. Dalam tak menang tangan tu, kenalah cari masa untuk diri sendiri, ye tak. Rutin harian aku bermula seawal jam 6 pagi setelah abang kejut subuh (sejak dari zaman bercinta lagi, dialah jam loceng aku!). Lepas uruskan diri, aku masuk ke ofis pertama aka dapur. Sejak berkahwin memang aku selalu masak. Sik nyaman makan diluar! orang sarawak kata. Buat menu ala kadar je. Yang penting kenyang dan menyihatkan. Lepas abang pergi kerja, anak jagaan datang. Time ni kadang-kadang kalut sebab Najlaa pun bangun. Tapi lama kelamaan aku dapat handle. Lepas dua-duanya dah tido (nak tidokan dua-dua macam tidokan anak kembar, sorang susu botol, sorang susu badan!), aku sambung buat kerja. Semua kerja-kerja rumahlah, sapu sampah, jemur kain, kemas tong mainan, kemas rumah sket.

Asal dah beres semuanya, aku pergi ke ofis no 2 aka bilik ofis yang mana aku letak komputer, meja study, buku-buku sampailah ke mainan budak-budak ni. Baru nak ngadap pc kejap, Aidi dah bangun. Hantar dia buang air, buatkan susu dan buka tv channel playhouse disney, dah beres. Aku sambung ngadap pc lagi. Check order masuk atau sebarang pertanyaan je. Selebihnya aku buka website kegemaran aku. Time ni kadang-kadang Najlaa bangun, kasi breakfast pulak. Aidi kadang join, kadang tak join sebab dia ni susah nak makan sket. Tapi kalau ada mihun goreng ke mihun/spaghetti sup ke, memang dia makanlah. Lepas makan, anak-anak mandi dulu.


Dekat kul 10, anak jagaan bangun. Mandikan dan kasi nestum, beres. Dia pun main dengan A&N. Time singgang ni, lari ke dapur kejap. Masak ala kadar je. Kadang sempat masak nasi je sebab anak jagaan merengek. Lepas tidokan, sambung masak tadi. Kalau sempat, makan terus. Najlaa kul 11 lebih dah lapar. Lepas makan mesti dia nak tido. Biasanya kul 12 lebihlah aku baru makan dengan aman sebab time tu Najlaa dan anak jagaan tido. Aidi pulak, kalau takde kari memang dia tak makan. Tapi jelak pulak ngadap kari hari-hari. Maka kadang-kadang dia makan, kadang-kadang dia tak makan. Ikut suka dia. As long dia makan macam-macam, aku tak kisah sangat. Susu pun kadang-kdang 3-4 botol sehari.

Dekat kul 2 anak jagaan balik (mak dia cikgu, sedap sket... hihihi). Lepas tu aku pun masuk ofis no 3 iaitu bilik jahit. Sebelum masuk ofis, aku check lagi sekali kot-kot ada order baru masuk. Kalau A&N tido, memang syoklah aku menjahit tanpa gangguan tapi kalau diorang tak tido, mmm... serabut jadinya bilik jahit tu. Time nilah Aidi buat aktiviti dia samada mewarna ke, ngadap website playhouse disney ke, yang penting dia dah tahu asal kul 2 je mesti matikan tv. Aku jahit mana yang sempat, kadang-kadang sampai asar atau kul 5, dekat-dekat abang nak balik, aku baru stop menjahit. Opss, lupa pulak... kalau tekak ni teringin nak makan best sikit untuk minum petang, dalam kul 3 dah kena siapkan bahan-bahannya. Talam ubi ke, bubur kacang hijau ke, kek coklat ke... ikutlah, tekak ni bukan kira... hehhe.

Dekat kul 5 abang balik, siap-siap untuk minum petang. Kalau time aku malas, minum air teh ngan keropok je. Untuk aku, aku selalu minum oat+horlick+susu bila masuk minum petang ni. Rasa kerempeng je badan ni dikerjakan A&N... heheh. Ambil angin petang kat luar. Sapu sampah ke tanam pokok ke... time ni memang happening kat kawasan kejiranan ni. Ada yang main layang-layang, main bola, cycling, jogging, sembang petang - seronok!.

Kul 6.15 dah kena masuk rumah, abang amik turn mandikan A&N. Aku kemas dapur sket. Sket je.. hehhe, sebab tengahari dah masak. Kalau tak masak, time ni dah kena masak. Sebab apa masuk rumah awal? sebab kul 6.30 nak tengok Bella, aku tengok sikit-sikit je lagipun sebelum kul 7 dah maghrib. Abang nak ke surau pulak.

Lepas makan kul 8-8.30, tengok tv jap... dan pergi check order masuk kejap. Time ngadap tv memang letih, letih mata dan letih kepala sebab takde cerita yang best. Kul 10 je dah switch off tv dan masuk bilik tidur. Time ni memang automatik mata ni terpejam tapi kepala ni dok fikir je... fikir esok pagi nak masak apalah... hehhe.

Letihkan? sapa kata dok rumah tak letih... bagi aku yang dok rumah ni, hanya 3 tempat je yang buat aku releks iaitu bila solat, bila mengaji dan ketika mandi sebab time nilah kita punya masa sendiri, ye tak. Sebab tu bilik air aku cantik... heheh (masuk bakul!)

4 comments:

Tirana said...

Memang sibuk ye Ai.. Orang yang tak jadi housewife sibuk cara lain pulak..Kita sibuk cara lain..Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri... Apa2 pun, kena pandai time management and plan your work.

Suhaiza Sa'at said...

betul tu kak... time management & planning tu yang meng'smooth'kan lagi kerja seharian kita... kalau tak plan, memang mendangok je orang jawanya cakap... hihihi, maksudnya takde wat apelah.

noore said...

mmg bgus btul ko ai...tabik hormat punyer lah =)..ape yg penting, ko dah dpt berjuta rahmat n pahala krn mjaga anak dgn baik ...ibu sejati, ibu mithali, tunggak pd keluarga bahagia....lebih kurang camtu ah...lagu nasyid lama tuh,x ingat sgt dah =)

Suhaiza Sa'at said...

thanks nor... ko pun boleh jadi macam ni gak suatu hari nanti... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...