Pages

Friday, October 20, 2006

Esok balik kampung... yeyy

Tak sabar rasanya nak balik kampung esok pagi... flight jam 8.50 pagi. Jiran sebelah hantar ke airport sebab geng-geng semenanjung semua balik kampung beraya.
.
Tadi aku rushing ke Maybank untuk tukar duit raya... malangnya semua duit lama... :( takpelah, asal duit namanya... lagi satu aku terpergi time orang sibuk nak pergi solat jumaat... aduilah... jem kemain, baik-baik ke Maybank tu dalam 15 min, nak balik jadi dekat sejam sebab pusing sana, pusing sini... konon nak ikut shortcut, tapi ter'longcut' pulak.
.
Pas pergi Maybank, aku gi Kampung Gersik... konon nak beli kek lapis... tapi sold out, yang ada hanyalah tempahan sahaja... aiseyyy, dahlah kek lapis kat kedai tu sedap-sedap belaka... aku pun round-round sampai Samariang... kat supermarket tu ada kek lapis tapi buatan kilang, ntah sedap ke tidak... bila dah keluar, nampak pulak kat kedai kek... beli lagi 2.
.
Balik-balik tengok dah hujan... aiseyman, kain tak angkat lagi... habis basah lencun... :( dahlah esok nak balik, takut tak kering pulak kain baju tu semua... nampak gaya macam kena jemur kat bawah kipaslah malam ni... huhuuh
Read more...

Friday, October 13, 2006

Tinggal beberapa hari nak raya!

Pejam celik, pejam celik tinggal 10 hari je lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita... Insya-Allah bertemu lagi tahun hadapan... rasanya macam baru semalam ianya bermula. Dan tinggal 8 hari saja lagi kami akan berangkat pulang ke kampung halaman tercinta. Semalam call mak, mak kata mungkin tak dapat fetch kami di airport sebab mak abah menguruskan bisnes air tauhu. Kami dijangka sampai tengahari dan waktu tu mak abah memang sibuk. Abah hanya supply pati, air tauhu dan isi tauhu kepada peniaga yang meniaga di bazar ramadhan.
.
Aku ingat lagi masa mula-mula abah menceburkan diri di bidang perniagaan ini. Masa tu aku dalam tingkatan 1 atau 2, aku dan akak akan menolong abah berniaga di bazar ramadhan... dan ia berlarutan hingga aku meneruskan pengajian ke universiti. Memang satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan bila tibanya bulan Ramadhan, bagaimana sibuknya kami menghasilkan air tauhu dari kacang soya hingga boleh dimakan. Angkat tong yang berisi air, punggah balik di gerai, isi air dalam plastik dan mengikat (ni specialist aku!), menjerit memanggil pelanggan, jumpa kawan baru dan macam-macam pengalaman suka duka sepanjang aku bergelar peniaga dulu. Memang menjadi favourite aku baik air tauhu, isi tauhu mahupun tauhu sayur.
.
Aku ingat lagi ketika pertama kali berpuasa bersama suami, aku menangis sebab mengenangkan mak abah yang akan melakukan kerja-kerja aku. Bukan tiada siapa yang menolong tapi semangat dan perasaan itu yang aku tak tahan sebak. Cuma mengharapkan wak jawa, jiran dan adik untuk membantu mak dan abah. Walaupun mendapat upah dari abah, aku tetap merasakan satu kemestian bila tibanya bulan Ramadhan untuk menolong dan meniaga bersama abah. Setelah setahun aku berkahwin, abah tidak lagi membuka gerai di bazar ramadhan, hanya sekadar memenuhi permintaan orang ramai yang sudah tahu akan terkenalnya air soya Wak Sa'at ini! abah hanya bekerja belakang tabir iaitu mengagihkan air soya kepada peniaga sahaja.
.
Kini, rasa ralat tak dapat menolong mak abah masih ada walaupun sudah 3 tahun meninggalkan bidang ini. Tiap kali Ramadhan tiba, mesti aku terbayangkan suasana ketika dulu. Arrhhh... mungkin sekarang mak sedang membaca kad raya aku sama seperti dulu ketika aku sedang bertungkus lumus di kilang, tiba-tiba posmen menghantar kad raya. Memang tak sabar-sabar rasanya untuk membuka siapakah pengirimnya.
.
Bukan bulan Ramadhan sahaja abah meniaga, tapi di bulan-bulan lain pun abah masih meniaga tetapi hanya menjual tauhu sayur dan diagih-agihkan ke peruncit. Aku rasa kalau aku belum berkahwin lagi atau tinggal berdekatan, mungkin aku yang meneruskan cita-cita abah ini. Nak harapkan anak-anak yang lain, mereka pun ada kehidupan masing-masing dan rezeki mereka berada jauh dari mak abah. Tapi kalau ada cara lain, memang aku nak tinggal bersama mak dan abah.
.
p/s: Aku lupa pasal glukose test, hari tu tak jadi buat sebab aku bersahur, makan kurma lagi (ingatkan boleh!). Nurse tak mention kena minum air glukos lepas buat test. So maybe aku akan buat test di semenanjung.
Read more...

Tuesday, October 10, 2006

Esok test glukose!

esok aku ada appoinment dengan doktor di KKIA Jawa untuk mengambil sample darah bagi ujian glukos... ujian ini adalah untuk menentukan sama ada aku ada kencing manis atau tidak... harap-harap aku clear dari sebarang penyakit.
.
perkara pertama misi tu suruh adalah puasa dari jam 10 malam ni hingga 8 pagi esok... mmm... nampaknya minum air kosong jelah aku masa sahur nanti... dan yang pasti kena makan lebih sikit masa berbuka karang.
.
esok abang cuti sempena aku nak pegi cucuk ni... jaga Aidi di samping melaksanakan tugasan yang tertangguh... antaranya:
1) aku kena ambil Kad Debit BSN dan buku akaun (dekat 3 bulan tertangguh)
2) ke Maybank jugak kot sebab aku terhilangkan kad ATM, nak ambil barulah ni
3) masukkan duit Aidi kat Tabung Haji
4) binding Buku Resepi aku
5) pos kad raya mak
.
apalagi ye??... mmm... petang ni nak buka mi kolok dan nasi... lauk? tomyam pun okay...
.
Read more...

Buka puasa di Masjid Negeri

malam tadi first time buka puasa kat Masjid Negeri dan first time juga untuk Aidi... mula-mula sampai kemain seronok dia, lari sana, lari sini... yelah, kawasan lapang dan luas... seronoklah dia... kami buka dengan air mineral dan kurma 3 biji yang diberi... aku dan abang separate... aku dengan aidi, abang dengan kawan2... mula2 memang peliklah aidi, apsallah agaknya ummi makan duduk ramai2 kat sini... hehhe... abang kata bila dah nak solat nanti, kalau tak boleh solat, biar abang solat dulu... tapi semalam aku tak mau lepas peluang solat jemaah, jadi terpaksalah aku tunggu semua saf penuh... dan aku tunggu semua orang dah start solat, barulah aku pergi ke saf terakhir, dikedudukan terakhir dan yang paling tepi... aidi, aku letak kat belakang aku... aku suruh duduk diam2 sebab ummi nak solat... dia pun aku ingat ok... masa rakaat pertama, aku macam terdengar bunyi sob sob sob... alamak, tak khusyuk aku solat tapi teruskan jugak... bila dah habis solat aku tengok aidi... alamak, dah meleleh2 air mata... kat situ jugak nak tergelak... rupa2nya dia menangis... mungkin sebab ramai orang yang buat bende sama, pastu umminya nampak sama macam orang lain... dia ingat ummi dah tinggalkan dia... hehhe... nasib baik nangisnya tak kuat, cuma air mata je yang mengalir...
.
lepas solat, pergi tempat makan... menunya nasi minyak lauk kari ayam, daging masak kicap, ikan terubuk masin, acar obor, air sirap dan puding jagung... alhamdulillah, nasi lembut dan berselera aidi makan... ramai juga yang buka puasa kat sana malam tadi... lepas makan terus balik... ingat nak solat terawikh gak kat sana tapi risau kat aidi... kang basah baju sebab banyak nangis... hehehe
.
apa-apapun nampak dia enjoy sebab pergi tempat baru... :)
Read more...

Monday, October 09, 2006

Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Read more...

Tuesday, October 03, 2006

Monthly Check-up

pagi tadi aku pegi monthly check-up kat KKIA Gita'... cadangnya suruh abang teman tapi dia ada meeting last minit... dia cuma datang bawak copy sijil nikah je... aku pelik gak, apsal dah pregnant kali kedua pun nak kena bawak sijil nikah... borak punya borak ngan misi masa check tadi, ada jugak kes menipu... misi tu bagi contoh, kalau dah dapat anak sorang, then bercerai, bila pregnant yang kedua dengan suami baru maybe ada yang kahwin sah atau tak sah... ada 1 kes tu siap ex-husband datang cakap dah bercerai dengan ex-wife dia ni... so pregnant anak sapa? kenalah tunjuk sijil nikah... lagi 1 kes, ada minah2 indon yang pregnant tapi cilok buku orang... bila mintak ic, cakap hilanglah apalah... misi tu pesan pasni memang kena bawak sijil nikah ni... maybe kes ni ada kat sini je kot, tak taulah kat semenanjung macam mana.
.
Aidi pulak... tak abis2 ajak keluar, maybe boring duduk menunggu giliran agaknya... tapi bila turn aku, time timbang, test darah, cek tekanan darah... dia excitedlah tengok... masa kena cucuk test darah dia siap cakap, "mi atit, ati uwat"... ummi sakit, auntie buat... hehehhe... aku pun buat2 macam sakit sangat... dia pun macam gelabah je nak panggil auntie2 kat situ... hihihi... besar dah anak ummi... :)
.
balik singgah FAMA beli tempe... cadang nak buat lontong tapi... tapi teringin nak makan mihun goreng tapi... aku dah flat dah ni.. perut pun asyik bunyi lapar je ni...
Read more...

Monday, October 02, 2006

Weekend yang best

last weekend best sangat sebabnya abang berjaya bakar sate guna BBQ set... hari2 makan sate sebab buat stok ayam sekor... kedua, semalam first time pergi Kem Penrissen (macam cikju mention)... walaupun menjajau mencari, akhirnya jumpa juga... mula2 nak masuk, kena tinggalkan IC dan bagitau nak pegi mana... tapi disebabkan abang ada IC Wataniah, askar tu terus bagi masuk... hehehhe... special jugak dalam kes macam ni ye... kat sana banyak gerai, macam2 jual... seronok aku tengok macam kat semenanjung je... ada nasi kerabu, nasi dagang, sata, murtabak, badak berendam, ayam percik... sumer2 ni kat bazar biasa memang takde!
.
malam tadi aku call abah, sayu je bunyinya... abah cerita yang abah tak boleh puasa kali ni sebab tak tahan, pukul 8 je dah seram sejuk, perut dah menggelodak sebab lapar... mungkin ni komplikasi kencing manis kot... ntahlah, aku harap abah sihat2 selalu.
.
Bakar sate belakang rumah

Berapi tuuu...
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...