Pages

Thursday, May 25, 2006

Pandainyeee...

semalam, Aidi telah menunjukkan kebijaksanaannya buat pertama kali... aku saje je test dia...
aku, "aidi, rambut mana rambut?"
dia, [tunjuk rambut]
aku, "kaki mana kaki?"
dia, [tunjuk kaki]
aku, "tangan mana tangan?"
dia, [tunjuk tangan]
aku, "mata mana mata?"
dia, [sambil kelip2 mata]
aku, "hidung mana hidung?"
dia, [tunjuk hidung]
aku, "gigi mana gigi?"
dia, [tunjuk gigi sambil sebut "jiji"]
aku, "telinga mana telinga?"
dia, [blur dan aku tunjuk mana telinga... bila next aku tanya, dia dah tau tunjuk]
alhamdulillah, ntah mana dia tau, aku pun tak tau... mungkin dari setiap percakapan kita dan dia ingat kot... setiap kali dia berjaya tunjuk, aku tepuk tangan... makin seronoklah dia... bila abang balik, aku saja cakap ada suprise... pastu aku mintak aidi tunjuk kat abah dia pulak... seronok kemain kami... pastu abang soh ajar version english punya... hehehheeh... baru aku realize, sejak seminggu dua ni, aidi minum susu fresh Dutch Lady... hihihi... betullah teori aku pasal anak mat saleh ni...
Read more...

Monday, May 22, 2006

Gunung Santubong




semalam, kami pegi Gunung Santubong... tapi kat pantai je, tak naik gunung pun... lagipun hari hujan dari subuh lagi... jarak dari rumah kira-kira 30 min perjalanan je... taklah jauh sangat. best jugak pegi sana dengan suasana baru lepas hujan, sejuk je keadaannya... nama pantainya, Pantai Puteri... terletak diperkampungan Kpg. Santubong... sampai je kami makan2, aku buat nasi goreng lauk sambal udang, sambal ikan bilis dan satay ayam goreng... berselera abang makan tepi pantai... pantainya landai, memang elok kalau budak2 nak mandi... Aidi pun tak takut dengar bunyi ombak kali ni, kalau kat kampung tganu dia takut sebab ombak sana kuat bunyinya...
lepas makan Aidi main air... seronok dia bila ombak datang menghempas kaki... sampai 1 tahap, dia pening kot, sampai terjatuh pulak... kira2 setengah jam kat sana, ada sekumpulan keluarga datang satu van... ramai, ada budak2... kiranya kami orang pertama datang... kami difahamkan, orang Sarawak ni tak suka mandi pantai... kalau ajak gi mandi pantai, rasa macam pelik je diorang... hehhe... tapi tak macam kami2 ni... heheh...
Read more...

Thursday, May 18, 2006

Gunung Santubong dan susu

weekend ni geng2 bujang gi panjat Gunung Santubong... gunung santubong, gunung sejinjang, menjaga gunung negeri sarawak... eceehh... alahai, kalau ikutkan hati, aku nak join je... ngendeng2 ngan abang, nak pegi tak?... dia terus jawab, ni budak kicik ni cemane?... aku rasa kalau masuk dalam beg belakang tu, ok gak... hihi... nyamuk pun takut nak gi kat dia... sebenarnya, aku memang teringin nak panjat gunung ni... dulu time ganazz, aku masuk hutan dgn membawa beban 60-70 kg sorang... ada naik bukit, nyusur sungai, belukar dan macam2 lagi... gunung tak naik lagi, tu yang aku rasa nak join je ni... bolehlah abangggg...
Aidi sejak kebelakangan ni suka minum susu fresh Dutch Lady yg dlm kotak tu... mula2 aku minum susu Anmum 2, tu pun dia nak... kadang2 minum susu fresh ni, dia nak jugak... aku saja je letak susu dia kat dlm cawan (Susu Nespray Honey), sekali teguk je... terus dia mintak susu yg fresh tu... susu yg fresh ni lagi elok dari susu tepungkan? mengikut pembacaan aku, anak mat saleh sumer minum susu lembu yang perah punya tu... derang cipta susu tepung tapi tak bagi kat anak2 dia... nampak sangat pentingkan diri mat saleh nikan... tapi susu fresh yg aku beli 1 liter ni, regenya RM3.90... baru beli malam tadi dah tinggal sikit... mmm... boleh ke abang??
Read more...

Rumah

so far baru nak adapt dgn rumah yang besar... berpeluhlah jugak nak mengemop dari depan ke belakang pastu nak menyapu laman yang luas... skang ni lalang dah kena racun, kurang sikit kerja... sat agi mungkin nak kena tanam rumput baru... kat sini kalau potong rumput depan, blakang, tepi cecah RM30... tu yang rugi je rasanya...
perang poster dah kelihatan kat Kuching ni sejak minggu lepas... keluar taman aku ni je dah nampak poster BN dan Adil... rasanya macam tak meriah sangat sebab takde persaingan sangat... dewan badminton hujung kampung ni dah tak boleh guna sebab dijadikan markas BN... so terpaksalah abang and the geng main kat Jepang... tak jauh dari rumah ni...
semalam masa tengah sapu laman, ada sorang makcik ni tengah jogging tegur aku... "kitak baru pindah ka?" "a'ah, baru sebulan" "sewa ka beli" "sewa ja... " "almari depan tu mau buang ka?" "taklah, tak muat nak masuk kat dalam, lagipun dah tak elok" "kalau nak buang, cakap dengan kamek, kamek nak, kamek duduk belakang ni ja" "boleh ja, nanti saya cakap dengan tuan rumah"... kat hujung kampung ni banyak lagi rumah2 kampung yang agak dhaif... kadang2 aku ternampak ada budak lingkungan 6-7 tahun jual kuih... aku nak beli tak confident dia ni islam ke tak... sudahnya aku cakap, "takpelah dik"... mmm
Read more...

Rumah Kuching

Aidi depan pintu masuk




Di laman luar


Sedap sangat oren tu, habis sepinggan dia makan

Read more...

Kenduri Doa Selamat

alhamdulilllah, selesai sudah majlis kenduri doa selamat... cikju and the geng datang paling last... terima kasih datang... dioranglah kasi pulun habis makanan... tak ramai sangat orang datang, mungkin ramai yang balik kampung atau pergi bercuti ke mana-mana... almaklum, hari sebelumnya adalah Hari Wesak... cuti panjangkan...
semalam kami pergi Wisma Saberkas... ala2 Lowyat Plaza gitu sebab banyak kedai komputer kat sana... tapi nak parking keter punyalah susah... kena Q dari jalan besar dulu, pastu kena pusing separuh bangunan, pastu kena mendaki lagi 4 tingkat baru jumpa parking... waduhh, kalau ikutkan hati memang nak balik je... minyak abis kat situ je... citer pasal minyak, keter MyVi ni kalau full tank dapatlah dalam 4++ km perjalanan... bila duduk sini cuma dapat 3++ km je... sebab gap dari satu tempat ke satu tempat tak jauh dan takde highway, minyak habis kat situ je...
Read more...

Monday, May 15, 2006

Gambar baru

untuk melihat gambar-gambar terkini, sila layari alamat ini...
Read more...

Thursday, May 11, 2006

Rusyaidi...


Rusyaidi...
Read more...

Monday, May 08, 2006

Selamat Pengantin Baru Kak Taiko!


Semalam Kak Taiko aka Hafizah telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama lelaki pilihannya... semogakekal abadi hingga ke akhir hayat.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...