Pages

Friday, July 22, 2011

Pindah ke KL

2006... sedih nak tinggalkan KL


Mak abah pun hantar... sedih


Dah tiba Kuching... jalan-jalan di Main Bazaar.


Bismillah...

5 tahun 2 bulan yang lalu, aku bermimpi yang kami sekeluarga akan berpindah ke Cawangan Muar. Siangnya aku berfikir, jika mimpi pindah dekat-dekat, maknanya akan kena pindah jauh. Aku bukannya taksub kepada mimpi-mimpi ni tapi mimpi yang satu ni buat aku berfikir seketika. Masa ni tak tau lagi yang abang akan mintak pindah. Esoknya, abang telefon dari ofis. "Yang, kita kena pindah Kuching!"... "Apa??!!"... Kuching adalah pilihan ketiga abang selain dari Kuala Terengganu atau Kuantan. Balik kampung atau tengah-tengahlahkan. Dah bosan duduk KL. Nak juga rasa tempat lain.

Seminggu aku nangis sebab tak nak pindah, tak nak tinggalkan tempat best (bestlah masa tu), tak nak tinggalkan rutin biasa tiap-tiap bulan dapat balik kampung. Arrrghhh... sungguh sukar waktu tu. Tapi aku kena ikut juga abang pindah ke KUCHING! tempat yang aku tak ambil tahu pun masa tu, even aku ingat cuaca kat sana sejuk sikit berbanding semenanjung! teruk betul. Tapi mujur dapat di kawasan bandar, bukan di celah-celah pedalaman. Kalau pedalaman, memang meraung jugalah tak nak pindah.

Kini setelah 5 tahun 3 bulan di sini, tiba giliran kami untuk pindah balik ke semenanjung. Abang yang agak tidak selesa tiap kali pulang ke kampung yang memperuntukkan paling kurang RM2-3k sekali balik. Mana nak beli tiket kapal terbang dan perbelanjaan kami tiap kali balik kampung, memang memeritkan sebab kedudukan tempat yang jauh-jauh. Kampung aku di Johor, dia di Terengganu. Bila masa nak menyimpankan. Lagipun, jika berlaku kecemasan keluarga, memang perit nak sediakan duit tiket yang mendesak begini. Maka, abang mengambil langkah selamat iaitu memohon untuk pulang semula ke Malaya.

Sebulan sebelum pindah, aku dapat telefon dari abang, "Yang, kita dpt transfer". Aku masa tu kelam kelibut antara dengar tak dengar je abang cakap dan aku sedang menantikan abang transfer duit kat aku. Katanya minggu depan, tapi kenapa call cakap dah transfer. Hahaha. Lepas tu aku cakap, "aik, cepatnya, kata masuk minggu depan". Pastu abang bagitau lagi, "kita kena transfer ke KL lah"... Apaaa??!! Oh tidak! KL, kolumpo, kota sesak tu lagi??!! Aku kalau boleh tak nak ke KL lagi. Biarlah di pinggir-pinggir ibu kota itu. Jangkanya ke JB, tapi tak dapat. Dapat ke KL pulak. Seminggu aku nangis sebab tak nak pindah. Tak nak pindah bukan tak nak balik semenanjung, tapi tak nak pindah KL. Mood excited takde! kalau pindah balik ke Johor atau Terengganu tu, mesti aku yang terlebih excited. Abang sepatutnya kena lapor diri pada 1 Julai, tapi mintak tangguh sebulan. Tak excited campur kena uruskan banyak benda di sini. Minggu pertama lepas dapat tau kena pindah je, rumah kami dan sekolah Aidi dah settle diuruskan. Kalau excited, 1 Julai lagi dah ada di KL. Tapi 1 Ogos barulah kami ada di KL.

Hari ni, 21 Julai 2011, aku menulis di Riverside Majestic Hotel sedang menikmati keindahan Kuching, bandar aman, bandar bersih, bandar tiada jem, bandar tiada kesesakan apa-apa, bandar yang kampung, bandar yang best, bandar tempat tumpahnya darahku ketika bersalin Najlaa & Sara dulu, bandar yang aku akan kenang selamanya. Bagi aku, rumah ketiga selepas Johor dan Terengganu (dua-dua tempat ni pun dah mula sesak sekarang ni). Tapi dah tak boleh pulang semula ke sini. Tiada apa lagi yang tinggal di sini. Hanya kesan tinggalan ingatan sahaja yang tak boleh dilupakan. Aku sayang Kuching.


Esok, 23 Julai 2011, aku akan terima hadiah hari lahir ke-30 pada tahun ini iaitu perpindahan balik ke semenanjung. Terbang pulanglah kami selamanya. Akan aku merindui Kuching selamanya. Selamat tinggal Kuching.

2 comments:

lvynana said...

Selamat tinggal Kuching :)

Suhaiza Sa'at said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...