Pages

Sunday, May 18, 2008

Selamat Bercuti

Assalamualaikum semua,

alamak, lama tak update... asyik mengupdate barang baru masuk je, lupa nak update blog ni. Bisnes? alhamdulillah... tak banyak, sikit-sikit pun ada orang beli... lagipun baru nak cari tapak... nanti dah kukuh, goyang kaki je... yang penting duit masyuk...

hari ni hari ahad... esok hari isnin, cuti wesak... takde rancangan lagi nak ke mana... selasa, abang turun ke KL lagi sebab nak diskas paper exam... ek eleh, macam nak bincang soklan bocor je... punyalah sakan soh orang seberang laut ni datang sana... sehari pulak tu, rabu petang dah balik semula.

minggu lepas 3 hari 3 malam abang takde... kursus kat KL... aku 3 beranak dok kat rumah ni, takde orang teman pun, tak keluar ke mana-mana pun... hatta nak buang sampah pun kejap je, budak-budak ni langsung tak keluar rumah... malas! selalu kalau abang takde, cikju ada temankan... tapi cikju balik kampung dan berpantang... apa khabarlah dia di kampung ye.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...