Pages

Saturday, April 19, 2008

New hobby

Assalamualaikum semua,

selamat sejahtera, ahlan wasahlan semua... semoga dirahmati Allah hendakNya. Lama tak update blog. Almaklum sibuk dengan bisnes, jahitan, anak-anak dan sebagainya.

Baru-baru ni aku telah terjebak dengan hobi yang tidaklah asing tapi ada sedikit asinglah mungkin. Ini pun tak sengaja, dek desakan kawan-kawan yang banyak bagi sokongan supaya aku mahir dalam bidang ini.

Hobi baru yang aku maksudkan adalah sulaman reben dan sulaman benang. Dulu waktu tingkatan 1-3, aku ambil ERT(Ekonomi Rumahtangga), secara tak langsung kemahiran aku dalam bidang jahitan ni sejak azali lagi. Mungkin diwarisi oleh arwah nenek dan mak (terima kasih mak sebab ajar buat baju kurung).

Oklah, berbalik kepada hobi baru aku ni. Asalnya kena ada jarum dia sendiri yang pelbagai saiz dan harga. Tapi setelah berfikir tentang harganya yang boleh tahanlah dan aku terjumpa pulak jarum untuk crosstitch, maka aku nekad untuk memulakan langkah. Berbekalkan reben yang ada di rumah, aku belajar jahit secara online yang ber'tok guru'kan Youtube, Needle'nThreads dan lain -lain website dari dalam dan luar negara. Banyak teknik yang aku pelajari. Dari Spiderweb Roses sampailah ke Palestrina Stich. Tapi banyak lagi teknik kena belajar ni. Pelan-pelanlah.

So, bahan-bahan yang kena ada untuk sulaman ini adalah:
1) ram
2) jarum (yang boleh masuk reben)
3) reben
4) benang sulam
5) kain

Bahan-bahan asas sulaman

So, inilah hasilnya setelah 2 hari belajar secara online.

First touch at beg telekung (berterabur sket sebab tak jumpa motif)


Second touch at sarung kusyen

Macam mana pakar? lulus ke? hehhe...

5 comments:

Tirana said...

Ai...

Dah expert ke buat sulam reben?? Kak Tirana belum mula lagi.. Tunggu asben gi JB.. Tapi kalau dia tak ada lagi sibuk..huhuhuhu...

noore said...

wah! bessttnyerr....bakat terpendam ko selama ni,ko mmg x sia-siakan...cayalah ai =) teruskan usaha murni...chiayok!

Suhaiza Sa'at said...

kak tirana...
ala baru mula, start sket2... kena khusyuk bila menjahit sulam reben ni.. tapi asyiklah kena kacau je... heheh

noor,
ulang balik apa yg aku belajo dulu nor, tapi sulam reben ni baru lagi pada aku... pakar dah komen, dia kata mmg byk kena perbaiki... yelah, aku blajo sorang2, online plak tu... hihi

ecah said...

ai..

dah cun sgt tu..improve lagi..aku minat gak..tp sbb bila la nak curi masanye...penat sokmo je..

Suhaiza Sa'at said...

time weekend takkan takde masa gak, cah... memanglah nak wat kije lain tapi kalau nak cuba, boleh je time singgang ujung minggu tukan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...