Aman rasanya bila Aidi dah tido... kalau tak, takdenyer aku dapat surfing gini ari... setiap kali nak surfing, mesti bergaduh dulu dengan dia... "adi nak ngok iii-bang, mi" (aidi nak tengok kapal terbang, ummi)... adoilah, anak bujangku sorang ni... nak jadi pilot ke? yelah, asyik turun naik belon je... :) sekarang dah pandai nak tengok pc... asal aku ke dapur, mesti dia singgah kat peti ais (nak amik Vitagen/limau/dadih/Calci-yum) atau gi bilik komputer... "adi nak sadi" (aidi nak study)... pas buka lampu dan air-con, dia terus onkan pc... sejak dah pandai guna mouse, segala aktiviti drag-n-drop memang serah kat dia... kalau windows banyak sangat, terus tekan cancel... isk isk isk, budak zaman sekarang ni... :)
Najlaa... alkisah budak kecik ni pulak... alhamdulillah, perangai elok je... yelah, tak nangis kuat2... malam pun bunyi sikit2 je aku dah terjaga... pas menyusu, tido balik... "nak kokong al-lla" (nak dukung Najlaa) pinta aidi kalau datang mood Shin Chan dia... dah macam Shin Chan ngan Mawari pulak aku tengok dua beradik ni... ehhehehe...
Abang... terima kasih kerana sentiasa disamping Ai di saat susah dan senang... :) lebih2 lagi bulan membayar cukai ni... asal balik lewat je, macam dah tak keruan pulak aku ni...
3 comments:
wahh dah dpt baby girl..tahniah ai. nama sama pula dgn kakak najla dia kat kuantan ni. hehe.
muka sebijik tul dua beradik ni yer..ikut ummi ke abah yer??
kak uda... mekaseh... terlupa pulak anak k.uda yang kedua pun Najlakan... tapi ni Najlaa, tambah a kat ujung tu eh...
ilham... rasanya ikut abahnya, tang mata ikut umminya... :)
Post a Comment