Pejam celik, pejam celik tinggal 10 hari je lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita... Insya-Allah bertemu lagi tahun hadapan... rasanya macam baru semalam ianya bermula. Dan tinggal 8 hari saja lagi kami akan berangkat pulang ke kampung halaman tercinta. Semalam call mak, mak kata mungkin tak dapat fetch kami di airport sebab mak abah menguruskan bisnes air tauhu. Kami dijangka sampai tengahari dan waktu tu mak abah memang sibuk. Abah hanya supply pati, air tauhu dan isi tauhu kepada peniaga yang meniaga di bazar ramadhan.
.
Aku ingat lagi masa mula-mula abah menceburkan diri di bidang perniagaan ini. Masa tu aku dalam tingkatan 1 atau 2, aku dan akak akan menolong abah berniaga di bazar ramadhan... dan ia berlarutan hingga aku meneruskan pengajian ke universiti. Memang satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan bila tibanya bulan Ramadhan, bagaimana sibuknya kami menghasilkan air tauhu dari kacang soya hingga boleh dimakan. Angkat tong yang berisi air, punggah balik di gerai, isi air dalam plastik dan mengikat (ni specialist aku!), menjerit memanggil pelanggan, jumpa kawan baru dan macam-macam pengalaman suka duka sepanjang aku bergelar peniaga dulu. Memang menjadi favourite aku baik air tauhu, isi tauhu mahupun tauhu sayur.
.
Aku ingat lagi ketika pertama kali berpuasa bersama suami, aku menangis sebab mengenangkan mak abah yang akan melakukan kerja-kerja aku. Bukan tiada siapa yang menolong tapi semangat dan perasaan itu yang aku tak tahan sebak. Cuma mengharapkan wak jawa, jiran dan adik untuk membantu mak dan abah. Walaupun mendapat upah dari abah, aku tetap merasakan satu kemestian bila tibanya bulan Ramadhan untuk menolong dan meniaga bersama abah. Setelah setahun aku berkahwin, abah tidak lagi membuka gerai di bazar ramadhan, hanya sekadar memenuhi permintaan orang ramai yang sudah tahu akan terkenalnya air soya Wak Sa'at ini! abah hanya bekerja belakang tabir iaitu mengagihkan air soya kepada peniaga sahaja.
.
Kini, rasa ralat tak dapat menolong mak abah masih ada walaupun sudah 3 tahun meninggalkan bidang ini. Tiap kali Ramadhan tiba, mesti aku terbayangkan suasana ketika dulu. Arrhhh... mungkin sekarang mak sedang membaca kad raya aku sama seperti dulu ketika aku sedang bertungkus lumus di kilang, tiba-tiba posmen menghantar kad raya. Memang tak sabar-sabar rasanya untuk membuka siapakah pengirimnya.
.
Bukan bulan Ramadhan sahaja abah meniaga, tapi di bulan-bulan lain pun abah masih meniaga tetapi hanya menjual tauhu sayur dan diagih-agihkan ke peruncit. Aku rasa kalau aku belum berkahwin lagi atau tinggal berdekatan, mungkin aku yang meneruskan cita-cita abah ini. Nak harapkan anak-anak yang lain, mereka pun ada kehidupan masing-masing dan rezeki mereka berada jauh dari mak abah. Tapi kalau ada cara lain, memang aku nak tinggal bersama mak dan abah.
.
p/s: Aku lupa pasal glukose test, hari tu tak jadi buat sebab aku bersahur, makan kurma lagi (ingatkan boleh!). Nurse tak mention kena minum air glukos lepas buat test. So maybe aku akan buat test di semenanjung.
2 comments:
aii..
bila ko nak balik semenanjung..?aku plak dah koje kat KL...
Selamat Harai Raya..Maaf Zahir Batin..
minta maaf..tak sempat pos kad raya..
aku balik sabtu nilah... tak lama.. heheh... dah tak de mood nak masak ni... tp kena kuatkan jugak..
takpe, aku pun tak sempat nak pos. pos online ni jelah eh... :)
Post a Comment