Pages

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri 1432H


Bismillah...

tahun ni turn raya di Terengganu... takde ketupat. Selalunya ada nasi himpit je, kalau takde, belasah jelah. Raya ke-2 dah balik Johor... bolehlah belasah ketupat banyak-banyak.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada mak, abah, adik beradik, sepupu sepapat, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, pelanggan Aishoppe, pelawat blog-blog aku yang banyak tu... semoga Aidilfitri kali ini memberi makna buat anda semua.

Esok lepas subuh dah nak berangkat. Doakan kami selamat sampai lepas 7 jam perjalanan ye. Terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Salam Ramadhan Al-Kareem

Bismillah...

baru hari ni berkesempatan nak update blog. Masa begitu mencemburui aku. Diam tak diam, lagi 6 hari je nak raya. Alhamdulillah, dalam sarat-sarat ni, dapat aku berpuasa penuh lagi untuk tahun ni.

Seminggu sebelum puasa hari tu, kami dah pindah KL. Duduk rumah long dekat 2 minggu sebab barang tak sampai lagi. Bila dah sampai hari Jumaat minggu pertama puasa, terus gegas balik kampung simpang sebab nak berbuka dengan mak abah. Dapatlah aku makan nasi ambeng dan kuih kaswi fresh.

Kemas-kemas rumah, sampai la ni tak siap-siap lagi. Dekat sebulan dok rumah ni, tapi macam kejap je. Jumaat ni dah nak balik kampung. Tahun ni turn raya Terengganu. Raya ke2 baru balik Simpang. Mujur baju raya kami sekeluarga dah settle sebelum pindah hari tu. Tinggal nak beli t-shirt raya je untuk budak-budak ni. Untuk baby baru pun dah nak 80% siap. GL je tak mintak lagi.

Untuk raya ni, aku tak sempat nak order kuih raya sebab sibuk pindah randah. Makanya, dah takde orang nak ambil tempahan lagi. Dan terpaksalah aku buat sendiri. Semalam dapatlah aku buat choco chip spotties 4 balang untuk di agihkan.

Oklah, masa begitu mencemburui aku. Nak menjahit sikit, nak kemas rumah sikit, nak sorting baju2 sikit... isk2... plan nak buat tart nenas esok. InsyaAllah, kena buat jugak sebab jem nenas dah buat semalam. Manih leting orang tranung kate. hehe.

Read more...

Friday, July 22, 2011

Pindah ke KL

2006... sedih nak tinggalkan KL


Mak abah pun hantar... sedih


Dah tiba Kuching... jalan-jalan di Main Bazaar.


Bismillah...

5 tahun 2 bulan yang lalu, aku bermimpi yang kami sekeluarga akan berpindah ke Cawangan Muar. Siangnya aku berfikir, jika mimpi pindah dekat-dekat, maknanya akan kena pindah jauh. Aku bukannya taksub kepada mimpi-mimpi ni tapi mimpi yang satu ni buat aku berfikir seketika. Masa ni tak tau lagi yang abang akan mintak pindah. Esoknya, abang telefon dari ofis. "Yang, kita kena pindah Kuching!"... "Apa??!!"... Kuching adalah pilihan ketiga abang selain dari Kuala Terengganu atau Kuantan. Balik kampung atau tengah-tengahlahkan. Dah bosan duduk KL. Nak juga rasa tempat lain.

Seminggu aku nangis sebab tak nak pindah, tak nak tinggalkan tempat best (bestlah masa tu), tak nak tinggalkan rutin biasa tiap-tiap bulan dapat balik kampung. Arrrghhh... sungguh sukar waktu tu. Tapi aku kena ikut juga abang pindah ke KUCHING! tempat yang aku tak ambil tahu pun masa tu, even aku ingat cuaca kat sana sejuk sikit berbanding semenanjung! teruk betul. Tapi mujur dapat di kawasan bandar, bukan di celah-celah pedalaman. Kalau pedalaman, memang meraung jugalah tak nak pindah.

Kini setelah 5 tahun 3 bulan di sini, tiba giliran kami untuk pindah balik ke semenanjung. Abang yang agak tidak selesa tiap kali pulang ke kampung yang memperuntukkan paling kurang RM2-3k sekali balik. Mana nak beli tiket kapal terbang dan perbelanjaan kami tiap kali balik kampung, memang memeritkan sebab kedudukan tempat yang jauh-jauh. Kampung aku di Johor, dia di Terengganu. Bila masa nak menyimpankan. Lagipun, jika berlaku kecemasan keluarga, memang perit nak sediakan duit tiket yang mendesak begini. Maka, abang mengambil langkah selamat iaitu memohon untuk pulang semula ke Malaya.

Sebulan sebelum pindah, aku dapat telefon dari abang, "Yang, kita dpt transfer". Aku masa tu kelam kelibut antara dengar tak dengar je abang cakap dan aku sedang menantikan abang transfer duit kat aku. Katanya minggu depan, tapi kenapa call cakap dah transfer. Hahaha. Lepas tu aku cakap, "aik, cepatnya, kata masuk minggu depan". Pastu abang bagitau lagi, "kita kena transfer ke KL lah"... Apaaa??!! Oh tidak! KL, kolumpo, kota sesak tu lagi??!! Aku kalau boleh tak nak ke KL lagi. Biarlah di pinggir-pinggir ibu kota itu. Jangkanya ke JB, tapi tak dapat. Dapat ke KL pulak. Seminggu aku nangis sebab tak nak pindah. Tak nak pindah bukan tak nak balik semenanjung, tapi tak nak pindah KL. Mood excited takde! kalau pindah balik ke Johor atau Terengganu tu, mesti aku yang terlebih excited. Abang sepatutnya kena lapor diri pada 1 Julai, tapi mintak tangguh sebulan. Tak excited campur kena uruskan banyak benda di sini. Minggu pertama lepas dapat tau kena pindah je, rumah kami dan sekolah Aidi dah settle diuruskan. Kalau excited, 1 Julai lagi dah ada di KL. Tapi 1 Ogos barulah kami ada di KL.

Hari ni, 21 Julai 2011, aku menulis di Riverside Majestic Hotel sedang menikmati keindahan Kuching, bandar aman, bandar bersih, bandar tiada jem, bandar tiada kesesakan apa-apa, bandar yang kampung, bandar yang best, bandar tempat tumpahnya darahku ketika bersalin Najlaa & Sara dulu, bandar yang aku akan kenang selamanya. Bagi aku, rumah ketiga selepas Johor dan Terengganu (dua-dua tempat ni pun dah mula sesak sekarang ni). Tapi dah tak boleh pulang semula ke sini. Tiada apa lagi yang tinggal di sini. Hanya kesan tinggalan ingatan sahaja yang tak boleh dilupakan. Aku sayang Kuching.


Esok, 23 Julai 2011, aku akan terima hadiah hari lahir ke-30 pada tahun ini iaitu perpindahan balik ke semenanjung. Terbang pulanglah kami selamanya. Akan aku merindui Kuching selamanya. Selamat tinggal Kuching.

Read more...

Tuesday, June 28, 2011

Fahami Peristiwa Isra' Mikraj pada bulan Rejab ini

Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..







Read more...

Sunday, June 12, 2011

Akhirnya...

Kuala Lumpur

Bismillah...

akhirnya... dapat juga pindah balik ke semenanjung setelah 5 tahun lebih bermastautin di Kuching ni. Gembira, sedih, excited - mix feeling sekarang ni. Asalnya abang mintak tukar suka sama suka dengan kawan dia di Johor Bahru tapi memandangkan kawannya baru 2 tahun lebih, so tak cukup lama untuk mintak tukar. Maka ke Jalan Dutalah dia. Effective report duty ke KL pada 1 Julai ni, tapi banyak sangat benda nak settle kat sini, mungkin extend sebulan kot i.e. ujung bulan Julai ni baru pindah kot. Tak decide lagi.

So sekarang ni tengah sibuklah mencari-cari rumah sekitar Kajang, yang tepat sekali Kajang Perdanalah sebab abg long duduk sana. Duduk dekat sikit dengan adik beradik ni best sikit. Susah senang, boleh tolong.

Rasa-rasanya, kena buat checklist dululah:
  1. Buat surat pertukaran sekolah Aidi. -DONE
  2. Cari rumah dan sekolah Aidi. Dekat lagi bagus. - DONE
  3. Jahit baju raya budak-budak ni. - DONE
  4. Kemas kini hutang piutang (kalau ada) dengan supplier.
  5. Serah urusan bisnes produk SWK kat kawan kat sini (branchlah kengkonon... hehe). - DONE
  6. Sorting barang-barang makanan (rasanya byk yg expired ni... mmm) - DONE
  7. Sorting barang-barang pakaian (atau angkut semua?) - DONE
  8. Sorting barang-barang lain (tak taulah apa dia) - DONE
  9. Beli barang-barang yang orang kampung kirim (ongkosnya jangan lupa ya) - DONE
  10. Buat makan-makan. - DONE
Setakat ni dululah. Kalau ingat, nanti sambung terus.

Read more...

Tuesday, May 24, 2011

Laksa Johor

Bismillah,

atas permintaan ex-classmate di sek men dulu (kini dia di JB), saya memulakan pencarian resepi laksa johor yang sedap ni. Katanya, banyak resepi orang letak tapi tak sure yang mana sedap. So saya memang dah lama tak makan laksa ni, duduk pulak kat negeri orang, confirm takde orang buat kat sini. Maka, berhasillah saya buat dan makan laksa johor di bumi kuching ni dari makan tengahari sampai ke makan malam esoknya. Hahaha... Memang feel macam ada kat Johor je. hehe. Ha, layan gambar dan resepi ni ye.


Laksa Johor.. betul2 hao liaooo... hahah. siap kluar piuk lagi, tak nyempat2. cukup korum kot sayur2 tu. ada org letak nenas eh?
Dari spageti, sayur sayan (kacang panjang, daun kesum, lada hidup, bawang beso, timun, taugeh) kuah sepiuk dan sambal belacan)


Pinggan ke-3... sangat sedap. terima kasih puan empunya resepi.





Laksa Johor Ori ( freeda_3210 MyR)

Bahan-bahan (12-15 orang) {sy buat separuh}
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)

**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
udang basah 100gm
isi ikan kurau - 10 gram dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm

**Bahan B (dimesin)**
bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari

**Bahan C**
serai - 2 batang diketuk untuk tumis
asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
santan pekat 1 kotak / lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih -3/4 ulas

**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket) {ni kobis jeruk, sy tak letak}
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
Kicap kipas udang / kicap manis

** Sambal Belacan
-lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit aji

Cara-cara
1.rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar
dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
2.**Penyediaan kuah**
3.Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
4.Bila garing, masukkan bahan C pulak iaitu rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
5.masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
6.masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air {yg ni agak2 je nk byk mana} dan
7.masukkan asam keping
8.tambah garam dan gula untuk rasa {sy tambahkan 1 kiub ayam}
9.masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam.
Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
10.**Sambal belacan**
11.mesinkan semua bahan dan hidangkan
12.SELAMAT MENCUBA

Read more...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Bismillah...

Selamat Hari Guru kepada long Abu Ulwan, akak ipar - Mahimun Sardi, Yati Selamat, Siti Azfa Hazirah, abg ipar Asri Md Noor, anak sedara bakal cikgu Sufy Asrar, sedara mara, kawan2 cikgu dan guru2 di SKSR & SDARA, Cikgu @Hanafi Jasman. Jasamu dikenang. - status aku di fb hari ni sempena hari guru.

Malam tadi start buat apam dot-dot dan packing untuk bagi cikgu aidi, ada 9 orang di sekolah pagi, 1 di tahfiz.

2 pcs each, cupcakes size. konon nak buat yg saiz almond london tu, tp casing takde yg rata, casing ni khas utk cupcakes 2 pcs. 10 package semuanya, 2 pcs each beserta tag.


Apam Dot..Dot (resepi dari Kongsi Resepi)

BAHANNYA:

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu cair... (boleh diganti dengan 150 ml bancuhan susu tepung...150 ml air + 5 scoop susu tepung)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna ikut suka


CARANYA:
-pukul gula,telur dan ovellete hingge kembang dan berkrim putih.
-masukkan tepung berselang seli dngn susu segar.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari
-Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .
-Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit.

NOTA:
-Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih
-Api kukusan jgn terlalu kuat nanti permukaan apam pecah
Read more...

Tuesday, May 03, 2011

Promo Hari Guru


Sempena Hari Guru pada 16 Mei ini, hadiahkan guru kelas anda/anak anda dengan hadiah berharga ini.

1 pek ada 20pcs termasuk deco RM12 sahaja
*saiz cup seperti biskut Almond London

Tempah sekarang!

Read more...

Tuesday, March 01, 2011

Semua BAHARU sihat

Bismillah

alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah ini. Anak-anak pun dah makin sihat ni. Apa tak nya, minggu lepas kami balik kampung kejap. Kejap je sebab tiket murah, adalah 1 malam kat KL dan 3 malam kat kampung simpang. Turun kat LCCT sebab tiket ke KL murah. Sekalian nak ambil kereta bawak balik simpang. On da way balik simpang tu, singgahlah ke Zoo Melaka kejap. Eh kejap, adehhh... tengahari gak gerak ke kampung. Sampai kampung pun dah petang.

Dalam 3 malam kat kampung tu, sempatlah pulun makan durian, kerang dan nasi ambeng. Kupang je tak dapat. Perghhh, terbayang-bayang rupa kupang tu atas pinggan. Bilalah agaknya aku last makan kupang pun dah tak ingat. Tulah, dok jauh sangat Benda-benda tu semua takde kat sini. Jangan tak tau, kat Kuching ni ada kerang, tapiiii... RM5 sekilo paling murah.

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum balik KL (balik Kuching lalu KL), Aidi muntah [1] masa tengah tido malam. Sebenarnya dari sebelum tido tu lagi dia dah ngadu cakap nak muntah, nak muntah... ingatkan dia main-main. Dekat kul 12 malam tu, menyembur kat toto nenek. Melambak-lambak dia punya muntah. Dah bersihkan, selang 15-30 min, muntah lagi [2]. Dah siap-siap bersihkan, tido kejap. Muntah lagi [3]. Kul 2.30 pagi tu, abang decide nak pergi klinik. Pergilah mereka berdua ke klinik pagi-pagi buta tu. Aku sambung tido.

Balik dari klinik, bagi ubat dulu. Tak lama kemudian, muntah lagi [4]. Adeh, sakit apalah budak ni. Abang cakap doktor tu tak cek dada ke jantung Aidi pun. Cakap camtu je. Dah tengah malam kot. Tu yang doktor pun mamai kot. keh keh keh. Aku sambung tido. Abang jaga Aidi, tido-tido ayam je abang sebab lepas tu Aidi muntah [5] lagi. Selang 10-15 min, dia muntah [6] lagi.

Bangun subuh, abang cakap dekat 10 kali dia muntah. Memang lembik habis dah Aidi ni. Campur tak tido sangat malam tu. Pagi tu pun tak bangun sangat. Bangun makan dan makan ubat, pastu tido lagi. Esok dah nak balik ni. Sakit tak sakit, kena balik jugak.

Siang tu dia tak muntah dah, tapi dah ngala petang, cirit biritlah pulak. Allahuakbar. Serta merta abang berdesup pegi Target (pasaraya di simpang), cari pempes saiz XL. Sikit-sikit cirit. Kentut pun cirit. Makan bubur, minum air garam, air 100 plus pun sikit-sikit je. Nak bagi top-up malam tadi yang dah clear perutnya.

Esoknya, kul 11 pagi lagi dah bertolak balik ke KL. Sepanjang 3 jam dalam keter tu, takde pulak dia cirit. Dah ok agaknya. Lemah still lemah, tapi dah makin oklah. Dah boleh gurau-gurau dengan adik-adiknya. Kalau tak, masammmm je.

Malamnya, kami selamat mendarat kat bumi kenyalang ni. Time nak tido malam kul 10 tu, Sara pulak yang muntah time breastfeed. Habis aku pun sekali kena muntah dia [1]. Tengah tadah mangkuk muntah sara [2], tiba-tiba Najlaa pulak muntah [1] sekali. Aku tadah muntah sara guna mangkuk, abang tadah muntah kakak guna tangan.

Esoknya pegi klinik, doc cakap viral infection. Yang ni memang dapat pakejlah - muntah, demam, cirit.

Dalam 2-3 hari jugak kena macam ni. Lepas tu barulah ok makan, main semua.

Read more...

Wednesday, January 26, 2011

Selamat Ulangtahun Najlaa ke 4

Bismillah

selamat ulang tahun ke 4 Najlaa Mohd. Husni. Semoga menjadi anak yang solehah, kakak yang adil dan hamba Allah yang taat akan perintah-Nya. Aminn. Actually, 24/1/2011 hari tu birthday dia. Kes umi terlupa nak update kat blog ni.

Sehari sebelum besday dia, aku ada gak terfikir nak buat kek besday dia nanti. Fikir punya fikir, buatlah kek karemal ni. Ni second time buat. Memang sedap walaupun sensitif nak buatnya. Ok, layan gambar kek ni.

Besday girl


Kek besday comot... kek karemal + coklat ganache + buttercream


Najlaa dapat hadiah besday... basikal pink, yeay!


Ni kek buat 3 hari sebelum. Saje test try... sedap

Ok, ni resepinya, amik dari fb Kongsi Resepi

Kek Karamel - Munira Baharum

saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas (karemel)
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara membuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td selang seli warna..
8. Panaskan oven 10 min, Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C / 45 min 160 darjah
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

........................

Ni tips2 yang dapat dikongsikan untuk membuat kek ni:

Kaedah boiler tu... masukkan adunan kek dlm bekas yg b'isi air... tp bekas yg b'isi air 2 kena bg panas dlm oven dlm 5-10 mnt tau....br ltak bkas adunan kek.

Maksud adunan (C) + (D) yg digaul sbati 2 dh jd satu adunan kek...pas2 klu nk nk letak wrna n paste kita bhagikan kpd b'berapa bahagian adunan kek td.....
cth: saya slalu ltak warna hijau (paste pandan)...warna merah (paste astrawberry)....tujuannya hanya utk nmpk menarik n sedap...

Kek ni d'masak cara bakar ajer...x blh kukus...

*kek nih ringkas jer...tp cara2 nk bt 2 yg bt kita krang faham sikit....bila dh bt kek nih kita kena t'balikkan dan biar yg karamel d'atas..keknya dibawah....sukar saya nk terang tp yg pasti dan jaminan skali dh makan rasa mcm nk mkn lagi...Insyallah.

mula2...pukul merah telur ngan minyak n air smpi gebu n tukar pd warna putih...
pastu mskkan gula, pukul lg smpi naik 1 x ganda lagi...then last skali mskkan tpng gandum ngan baking powder

merinque 2...putih telur yg dipukul dgn gula n krim tartar... pukul smpi adunan jd pekat n klu kita t'balikkan bekas 2 pun merinque td x jatuh...klu jatuh 2 blm jadi lg la....


Untuk ganachenya, sy buat macam ni:

3 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar mentega/marjerin

Cara2nya: Masak semua kecuali mentega secara double boiler, kacau sebati... bila dah sebati, masukkan mentega. Bila dah cair sebati tu, tuang kat atas kek yang dah sejuk. Pastu masukkan kek ke dalam peti ais. Nanti dia keras sket.

Ok, selamat mencuba.


Read more...

Roti Jala versi petak

Bismillah

alhamdulillah, masih bernafas di Bumi Cinta ini... asyik Bumi Cinta aje ye. Kes novel Bumi Cinta dari Habiburrahman El-Shirazylah ni. Ceritanya sampai terkesan hingga hari ini. Bila borak dengan abang, sikit-sikit cakap nak sambung study kat Moscow. Hehheh. Jauh berangan.

Ok, hari ni aku nak share teknik membuat roti jala petak secara bergambar. Request by Ana.


Botol mayo, dibeli oleh kawan di Daiso, The Curve, KL... sudip dan kuali non stik, saya takde kuali leper.


Mula-mula, buat 6 baris, ikut kesesuaian kuali... ni kuali biasa, so dia bertakung kat hujung.


Pastu buat lagi 6-7 baris. Boh lain warna lagi cun melecun... heheh


Selang 1 min, bolehlah diangkat. Jangan lama sangat, sebab lapisannya nipis sangat, nanti jadi keras pulak.


Warna merah-hijau pulak.


Cara lipat - amik bucu kiri dan terus ke tengah


Amik bucu kanan, terus ke tengah... lebar agak2 cun, jangan jauh sangat.


Kemudian, gulung dari bawah sampai habis


Yang ni baki. Saya buat pusing-pusing je


Tadaa... nilah hasilnya. Macam-macam kaler ada. hehhe


Dimakan dengan kari ikan kembung.


Selamat mencuba!


Read more...

Wednesday, January 19, 2011

Roti Jala


Bismillah,

ok, hari ni nak share resepi Roti Jala kegemaran ramai terutamanya penduduk Kuching ni, alhamdulillah ada je orang nak rasa roti jala tebaran aku ni. ok, rujuk resepi ni, resepi turun temurun Kak Tirana (thank you kak) sebenarnya, first time hingga banyak time pun menjadi cantik je. Ok, selamat mencuba ye.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3/4 minyak masak
garam secukup rasa
2 bj telur
sedikit pewarna kuning

*blend semua bahan dan tapis, sedia untuk ditebar menggunakan acuan khas. elok ditebar diatas kuali non-stik.


Tang kari tu, kari ayam macam korang-korang selalu masak tulah ye. retikan? hehhe. Kalau ikut resepi kat atas ni, boleh dapat dalam 20-25 keping.

Read more...

Wednesday, December 29, 2010

Gastrik dan rawatannya

Bismillah.

Alhamdulillah, masih bernafas di Bumi Cinta Illahi ini. Aku baru recover dari sakit sebenarnya. Gastrik. Bunyi macam tak serius, tapi bagi aku, serius sebab ianya berlarutan dekat seminggu! Pertama kali ni. Selalunya kalau gastrik ni kena dalam sehari dua macam tu je dah pulih. Tapi kali ni lama pulak. Urut-urut, tak jalan. Makan on time, tak jalan. Pergi klinik. Doktor tengok pun dah tau sebab nampak gelembung lain macam. Bila ketuk-ketuk, kosong. Kembung doktor kata. Sakitnya kerap baik, kerap tak ok. Kalau dah nak dekat time makan tu, memang meringkuk-ringkuk aku tahan. Letak minyak yuyi pun tahan kejap je. Lepas makan ubat doc 2 hari, tak jalan juga. Telefon mak. Mak cakap minum air halia. Tumbuklah aku halia banyak-banyak dan dicampur dengan gula dalam keadaan sakit tu. Teringat kat mak, bila sakit-sakit ni mak yang buatkan. Ni jauh... Dah siap, campur dengan air masak, hampas halia tu aku tepek kat perut, pastu pakai bengkung. Alhamdulillah, mujarab! Esoknya bangun pagi dah tak sakit. Tapi dia beralih ke bahagian kiri kanan perut. Sebelum ni tengah perut. Aduh...

Esoknya sebelum tidur, buat lagi. Dan alhamdulillah, berkesan. Aku ada kawan yang sakit gastrik kronik ni. Sampai kena suntik. Dia cakap kalau kena, sapu minyak angin kat betis dan bancuh susu tepung pekat-pekat sebab susu bersifat alkali, perut ni pulak sakit sebab banyak asid. So, aku buatlah seperti yang di cadangkan. Sedikit sebanyak membantu jugalah petua dia tu. Thanks Yati. Kita dah ok dah.

Ok, ni aku nak kongsi ilmu pasal gastrik.

Tanda dan Rawatan Gastrik


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).


Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing


Sumber: http://www.sihatselalu.com.my/2010/08/tanda-dan-rawatan-gastrik.html

Read more...

Monday, December 27, 2010

Aidi's Checklist

Bismillah.
Tinggal 4 hari je lagi nak mula sekolah. Aidi tahun ni Darjah 1. Dah tengok nama dia masuk dalam kelas pertama, 1 Arif kat Sekolah Kebangsaan Gita'. Sabtu ni dah mula sesi orientasi, bayar yuran dan buku. Tak de experience lagi nak handle anak masuk darjah 1 ni. Macam manalah agaknya Aidi nanti. Harap-harap takde masalahlah since 2 tahun masuk tadika. Ok je tengok dia. Abahnya pun dah siap-siap amik cuti 3 hari untuk handle dia nanti ni.

Persiapan dia, aku rasa dah complete. Meh tengok checklist dia:
  • Baju - dah
  • Seluar - dah
  • Tali pinggang - dah
  • Stokin - dah
  • Kasut - dah
  • Pensil box - dah (yang ni ada 2, dapat masa famili day dan konvo)
  • Pensil/Pemadam/Pembaris/Kaler - dah (yang ni pun dapat time famili day)
  • Beg sekolah - dah
  • Gosok baju dan seluar - dah
  • Kapur kasut - dah
  • Siap-siap semua masuk dalam beg - dah
  • Berus kasut - belum

Tinggal berus je tak beli lagi. Kena cari yang plastik, senang nak sental nanti. Tadi pagi baru kapurkan kasutnya. Teringat time sekolah doluu-doluuuu.... hehhe. Ni persiapan untuk sekolah rendah je. Tahfiz tak prep pun lagi sebab uniform tak sampai lagi sekolah cakap. Di sebabkan kat SWK ni takde sekolah agama, maka kenalah hantar anak-anak kat sekolah private. Sekolah agama private yang terkenal kat sini Tahfiz ABIM. Dulu Aidi sekolah di Taski ABIM. Taski ni untuk umur 4-6 tahun. Tahfiz pula start umur 7 tahun dah boleh hantar. Tapi kat situ just ajar untuk menghafal Al-Quran, ajar tajwid dan mengaji jelah. Pendidikan agama memang straight dari sekolah rendahlah. Mmmm... macam tak cukup je. Kalau ada sekolah agama macam kat Johor atau Selangor tu, dah lengkap dah. Tapi nak buat macam mana, dah bermastautin kat sini. Ikut jelah...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...