Pages

Thursday, March 06, 2008

Alone again

Assalamualaikum semua,

aku curi masa nak update blog ni sebenarnya... kalau takde masa, sampai mati pun takde masa, ye tak?

abang takde, kursus lagi... dia pergi ahad semalam ni, balik sini lepas mengundi. Aku tak balik, ngundi ke tak, aku tetap dapat hak samarata seperti orang mengundi. Mak bapak aku orang BN, secara tak langsung aku pun dapat profit daripada itu.

Abang pergi hari ahad jam 2.30 petang, lepas babai-babai sambil menangis ni, terus masuk rumah. Alih-alih tv, komputer, peti ais tak hidup. Tapi lampu dan kipas hidup. Arghhhh... aku panik, kalut. Terus call abang dan abang call tuan rumah, petang sikit dia datang betulkan. Pelik tapi benar, rumah aku sorang je yang macam ni. Rumah orang lain ok je. Petang tu tuan rumah datang. Aneh, sebab dia tekan kasi ketat je power supply tu terus hidup. Tak pernah berlaku lagi kat rumah ni, dia kata. Aku pun lagilah pelik. But as long dah hidup balik, takpelah.

Tak lama lepas tuan rumah balik, dia jadi semula. Aku pun tekan jelah macam tuan rumah buat tadi. Tapi tak menjadi, tak cukup kuat aku tekan kot. Aku panik, takut pulak barang-barang dalam peti ais busuk! Last-last aku dapat idea, amik tukul. Sekali ketuk dah hidup semula. Pelik betullah. Nak kata orang usik, sapalah yang nak usik sebab dok atas nuuu. Mungkin keadaan rumah ni yang lama tak diduduki kot menyebabkan suis utama dia jadi begitu. Allah, jauhkanlah litar pintas.

Bila keadaan jadi seperti sediakala, aku buat kerja seperti biasa. Bila dah petang, aku mandikan anak pulak. Alih-alih, water heater tak berfungsi. Ah, jadi lagi ke? aku ketuk lagi dengan tukul. Nasib baik boleh. Balik semula ke toilet, tengok aidi dah masukkan blok mainan dia dalam lubang tandas. Adoiiiilahh! aku suruh dia ambil. Dia tak nak sebab jauh sangat. Aku marah dia. Dia nangis-nangis tak nak ambil. Last-last aku yang ambil dan terus buang. Dah banyak kali aku pesan kat dia, abah dia pun sebelum pergi dah pesan. Dengar cakap ummi dan jangan tolak adik. Bila dia tak ikut apa yang kami cakap, aku rasa sedih. Aku diam je sepanjang pakaikan dia baju.

Turn aku pulak mandi. Usai 5-10 minit mandi, pintu bilik air terkunci dari luar. Ya Allah! aku gegar kasi nak tercabut selak pintu sambil panggil aidi. Dia datang lenggang kangkung. Ni kali kedua dia kunci aku dalam bilik air. Aku rasa dia nak main-main tapi tak kena tempat. Kena marah lagi. Aku sedih bila aku marah anak. Rasa aku ni useless!

Call abang. Sapa lagi nak aku kurangkan beban ni kalau tak kat dia. Sabarlah yang, proses mendidik anak ni bukannya mudah, kita kena kuat. Kalau kita didik anak dengan cara yang betul, esok kita tua dia pun akan jaga kita dengan betul. Aku sematkan dalam otak ayat-ayat abang ni. Betul kata dia, kalau kita salah mendidik anak, yang ruginya kita jugak. Bagaimanalah nasib kita bila tua nanti ye? Wallahu a'lam.

Selesai bercakap dengan abang, aku tak tegur aidi. Tiba-tiba dia datang said, "I'm sorry, mi" dan dia cium aku. Memang setiap kali bila dia rasa dia bersalah, dia akan sendirinya datang cakap macam tu dan cium. Tak kiralah kat sapa yang dia buat, mesti dia cakap macam tu. Aku rasa lega! ciuman magik tu boleh membuatkan aku tersenyum kembali.

Time dia main dengan adik dia pun macam tu. Selalu sangat tolak-tolak, berbuih mulut ni cakap jangan tolak. Kalau tak suka Najlaa, pergi letak Najlaa kat luar. Bagi kat orang gila! Nangis-nangis dia cakap tak nak. Dan serta merta dia cakap, I'm sorry kat Najlaa.

Aku sambil membuat analisa merasakan dia ni perlukan kawan. Kawan yang boleh bermain, belajar dan membuat aktiviti bersama. Boring kot duduk kat rumah ni je. Asyik-asyik tengok kartun, gaduh dengan adik je. Kami cadang nak hantar dia ke Tadika. Tapi tak tahu lagi bila. Biar dia belajar berkawan dengan betul. Kami sebenarnya bercadang nak hantar dia bila dia berumur 5 tahun nanti, sekarang tahun ni masuk 4 tahun. Tapi aku lagi suka dia duduk di rumah sebab kita boleh pantau keadaan dia. Bukannya aku tak boleh ajar dia. Dia pun suka kalau berjumpa dengan budak sebaya dia. Cepat berkawan budak-budak ni.

Biarkan masa yang menentukan dan aku serahkan semuanya kepada Allah SWT.

Oh ya, 12/3 ni result SPM keluar. Good Luck kepada adik aku, Emi dan adik-adik dan anak-anak kawan aku. Mak, abah dan emi datang makan angin ke sini 19/3 nanti. Tak sabar nak tunjuk Kuching ni kat diorang. :)

2 comments:

Tirana said...

Betul tu Ai...mendidik anak2 ni kena banyak bersabar dan jadi kuat...Sesekali mengeluarkan airmata tak ape...tapi jangan putus asa...Kak tirana ni dah banyak kali dah mengeluarkan airmata dari anak2 kecik sampai diorang dah besar2 macam sekarang ni...Bukan terasa dengan diorang tapi terlampau penat....

Suhaiza Sa'at said...

betul tu kak... bukan terasa sebenarnya, tapi letih sebab kita cakap dia tak nak dengar... tu yang geram dan kalau kita geram, selalunya kita nangis puas-puas... lepas tu barulah terasa cool down sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...