Pages

Friday, November 12, 2010

Accident di pagi Jumaat

Berita Terkini


Kuching,12/11/2010 - berlaku kemalangan di Jalan Matang yang melibatkan sebuah kereta GEN2 dan motor kapcai. Kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi lepas aku antar Aidi ke Taski ABIM. Pagi tu aku nak beli mee kuning kat FAMA Jalan Matang, cadangnya nak beli udang dan sawi kat kedai funjung depan traffic light sana. Masa on da way pegi ke kedai funjung tu, ada eksiden. Motor, kereta, polis, semua ada. Masing-masing menjalankan tugas. Yang amik gambar kejadian, yang ukur tempat berlakunya kemalangan dan orang ramai yang berentikan motor/kereta semata-mata nak tengok lebih dekat kejadian malang itu. Memang live aku tengok mayat tu kat atas kereta. Mayat berseluar pendek (takde gaya nak pergi kerja), mungkin cuti, kepala terhentak di cermin depan kereta tersebut. Sempat aku menjeling ke arah polis yang meraba-raba punggung mangsa, kot-kot ada jumpa wallet/ic ke. Berdebar masa lalu kat sebelah mayat tu.


Setengah jam kemudian, aku lalu lagi, konon nak amik gambar lagi. Tapi semua dah clear. Cuma ada kereta tu je yang tersadai. Pemandu kereta tu tak tau apa nasibnya. Sempat aku sedekahkan Al-Fatihah di tempat kejadian walau tak tau siapa hidup, siapa mati. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tau orang tu dah mati pun, kawan fb yang bagitau, yang rakannya, kenalan kepada si mati.


Tempat kejadian dari FAMA ke Upwell


Anak panah menunjukkan kereta GEN2 dan motor di bawah tu


Mamat baju merah tengah update apalah agaknya tu. *gambar tersnap, konon nak amik gambar kereta, tapi tak sempat


Setengah jam kemudian, jalan dan clear, ada kereta tu je



Close up kereta yang terlibat eksiden




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...