Pages

Friday, April 17, 2009

Allah mana mi?

Assalamualaikum semua,

salam Jumaat nan indah lagi berkat. Semoga semuanya dalam keadaan yang ceria dan dilindungi dalam rahmat Allah.

Sejak Aidi dah sekolah, banyak persoalan timbul dalam otak dia. Kadang-kadang, tak tau nak jawab apa. Takut aku terangkan, dia tak faham. Takut tersalah tafsir pun ada. Maka aku dengan berhati-hati menjawab segala persoalannya.

Tadi, tika aku memotong kuku kakinya (ambil berkat potong kuku hari Jumaat)... mata dia tengok kartun tapi mulut dan otaknya berlegar soalan ini,
Aidi: "Allah mana mi?"
aku dengan tenang menjawab ringkas,

Aku: "Allah ada, tapi Aidi tak nampak, semua orang tak nampak. Macam angin, Aidi nampak rambut ummi goyang sebab ada anginkan?, (dia angguk) tapi Aidi tak nampak angin. Macam tulah Allah, Dia ada tapi kita tak nampak".
Dia setuju dengan kata-kataku.

Tentang alam persekolahannya pula yang baru menjangkau sebulan setengah (masuk lambat sebab umminya pantang), aku lihat banyak dah perkembangannya. Tapi tiap kali nak ke sekolah, punyalah liat. Abang punya turn untuk pujuk dan mandikan dia. Turn aku pulak untuk pujuk lepas mandi dan bersilat bagai untuk pakaikan baju seragam dia.

Tapi bila time aku ambil dia dari sekolah (balik jam 12 tghari), senyum lebar je. Dalam keter on da way balik, selalu aku tanya dia belajar apa hari tu. Dia pun bercerita sambil makan bekal yang tak habis. Sampai rumah, terus mengaplikasikan apa yang dia belajar hari tu. Sambil mulut menyanyikan zikrullah, sambil tulah dia menulis, melukis. Siap dia buat, dia serah ke aku pula. Semalam, tiba-tiba dia cakap, "si siek, lau she"... aik, ada belajar mandarin ke? dia buat tulisan cina sekali. Tak tau pulak aku kat Taski ABIM ada belajar Bahasa Mandarin. Setahu aku, ada kelas Smart Reader selepas jam 11.30 pg. Setengah jam je tapi tepat jam 12 dah menanti nak balik sambil main slide.

NAJLAA

Bila abangnya takde kat rumah, jadi mati kutu budak sorang ni. Dia tak suka tengok tv sangat. Mungkin sebab umurnya baru 2 tahun 3 bulan, so tak ambil port sangat. Kalau ada Tom and Jerry ke Princess ke Mr. Bean ke, baru tengok. Tupun tengok kat pc atau labtop, sambil kacau aku buat kerja kat labtop nilah. Masa tengah taip ni pun, screen ni kena divide 2... sebelah internet, sebelah princess.... mmm...

Semalam, masa dia tengok tv (dia layan je apa-apa citer), aku tengok dia kejap... senyap je budak ni, buat apa tu. Sekali tengok-tengok, dia tengah cat kuku dia guna magic color! habis kuku kakitangan semua bercat. Perempuan. Agaknya dia tengok aku berinai hari tu kat kampung. Inai Mekah. Sesekali teringin, catlah kuku ni kaler merah dengan inai tu. Tak sangka dia ikut. Isk isk isk... Kadang-kadang ternampak dia ambil something macam bateri keter abg dia ni, dia lalukan kat bibir. Ala, macam letak gincu tu. Ni pun sah-sah ikut aku. Hahahha.

Tapi sesekali hangin dia datang (nak-nak time nak tengahari nak tido), dia punya nangis tu memang menguji kesabaran betullah. Sampai tendang2, sepak2... Air mata murah abah dia kata.


QAISARA

Dah nak masuk 4 bulan 19hb ni. Dah mula angkat kepala masa baring tu. Abis, dok intai abang kakak dia gaduh je, naklah join sekali... hehehe. Kalau dia tengah nangis, orang tak pedulikan dia, nangis sampai gigil-gigil kaki tangan. Laju je tangan dia. Tapi aku syukur sangat, sebab dia macam Najlaa masa baby dulu. Tengahmalam tak bangun! Jam 10 malam dah merengek nak nenen dan tido, tutup lampu terus tutup mata. Karang tengahmalam, kalau aku terjaga sendiri, aku nenen dia. Kadang-kadang tangan dia pukul-pukul badan aku (siap kayuh-kayuh lagi tangannya tu) dan aku tersedarlah tapi selalunya aku tak bangunlah (kes tido mati). hehhe... sampai jam 5, baru dia nangis sikit-sikit nak nenen lagi. Lepas solat subuh, aku sambung nenenkan lagi (+ aku tido sket, sket je sbb kul 7 kena buat bfast).

Sampailah jam 10 pagi baru bangun... nenen sampai kenyang + mandikan terus. Selang sejam (atau kurang) dia tido semula. Masih baby, tido jelah kijenya.

Aku... masih di sini. Ambil upah buat blog orang + urus bisnes sikit-sikit ni + nak masak kejap lagi. Hari ni Jumaat, mr hubby balik makan tengahari. Oh ya, hari ni Aidi tak sekolah sebab ada Hari Prestasi, abang je pegi sorang pagi tadi nak dengar apa cikgu dia cakap pasal Aidi. Seminggu lepas masuk sekolah hari tu terus exam. Ntah apa dia jawab agaknya. Budak-budak. ehhehe

Mr Hubby akan menduduki final exam selepas 2 hari bufday dia i.e 25/4. Good Luck ye bang. Semalam abang tengok Exora, ada orang kepingin nak beli sebiji. Sayang MyVi hijau ku iteww... banyak berjasa.

dah stop... banyak pulak membebel ye. heheh

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...