Penatnya weekend lepas... fuhhh... apa tak penatnya, start jumaat petang lagi kami dah beraya sampailah ke hari ahad... mula dari rumah kawan abang di Sri Gombak dan terus ke rumah kawan abang juga di Subang Bestari... lepas kawan belanja makan di restoran makanan thai, kami pun beransur pulang ke Bangi, kira-kira jam 10 malam sampai ESSET.
.
Keesokkan harinya, Aidi demam kembali (actually malam jumaat lepas dia dah start demam tapi kejap ok, kejap panas). Pegi Klinik Az-Zahra balik, doktor masukkan ubat melalui duburnya. Dalam pukul 10 pagi, kami dah tercongok di rumah Dr. Ashraf Wajdi, kawan baik abang di UIA dulu... mereka mengadakan Reunion G2K UIA, abang jadi host tapi rumah Wadi dijadikan tempat perjumpaan. Ramailah juga yang datang. Jam 5 petang barulah kami beransur ke rumah sepupu di Kelana Jaya, rumah kawan abang di Palm Spring, Damansara (maghrib di sana) dan akhir sekali ke rumah Pakitam, rakan cyber BMC di Batu 9, Cheras. Pukul 10 jugak sampai Bangi... adushhhh.
.
Ahad, jalan beraya lagi. Kali ni cadangnya nak ke Nilai, tapi jauh sangat. Kami pergi ke rumah Kak Tirana di Kondo belakang Masjid Wilayah. Tengahari di rumah kawan abang, reunion KISAS katanya. Tapi 2 orang je, tupun dirumah kawan di Taman Bukit Ampang. Kemudian kami ke rumah Noor di Desa Pandan. Sejam di sana, cukuplah... kami pun pulang ke Kajang Perdana.
.
Sampai rumah long, kak mun (akak ipar) buat open house untuk rakan-rakan. Penat tak habis, sambung tolong mana yang patut pulak... Kul 10 gak masuk tidur sebab tak tahan sangat.
4 comments:
Salam ukhuwwah,
Suhaiza&hubby ex-uia gak ke? Terpanggil utk komen sbb saya pun kenal dgn Asyraf Wajdi & wife.Seronok tgk gamba2 tu. Nampak romantik gitu ;)
sakan beraya...bila nak update ni..fuh
wah gi rumah abg wadi. dah berapa org dah anak wadi dgn kak wani tu? kalau jumpa lagi sampaikan salam kak uda ya. :-)
kak nznm, terima kasih kerana menyinggah. suami saya ex-uia, saya tak. Sy baru first time jumpa abg wadi n kak wani tuh ari. memang friendly mereka tu. rumah besar dan cantik.
kak mar, dah apdet sket2.
kak uda, anak diorang pun dah 2... yang sulong lelaki, 2nd pompuan... sapa ke namanya, lupalah pulak.
Post a Comment