cuaca kat sini panas... dah 1-2 minggu panas... kadangkala hujan lebat diwaktu malam... namun, itu tidak dapat mendinginkan kami sekeluarga... kipas dah full blast pun masih lagi terasa kebahangannya, mungkin disebabkan rumah kami menghadap matahari dikala matahari terbenam dan kepanasan itu membawa hingga ke malam... setelah kata sepakat dibuat, malam tadi juga orang pasang air-con datang... lega rasanya bila dapat tidur dalam keadaan yang selesa...
sejak kebelakangan ni, kalau aku lepas makan nasi dan terus bagi aidi bfeed, mesti lepas tu terasa kelaparan ya amat... tak kiralah nasi banyak mana aku makan, lepas bfeed mesti terasa jugak kelaparannya tu... so terpaksalah lepas makan sebelum tidur tu aku makan roti atau minum oat...
ada berita terkini... tengah bulan ni kami akan pulang ke semenanjung selama seminggu kerana abg ada kursus, so aku dan aidi melepak di kampunglah... flight 15/7 terus ke JB... abg menaiki MAS, manakala aku dan aidi menaiki Air Asia... huhuhu... macam manalah keadaannya nanti ye... mmmm...
0 comments:
Post a Comment