Assalamua`laikum semua.... i'm back setelah seminggu balik kampung... aku dan Aidi baru je sihat dari demam... tapi batuk dan selesema tu masih ada lagi... dek penangan durian dan rambutan... tapi mungkin juga Aidi demam rindu kat abah dia sebab sehari selepas abah dia gi KL, dia terus demam... 4 hari demam, abah dia balik baru sihat sikit...
macam-macam aku order kat mak... pulut durian, laksa johor, daging masak kicap... perghhh... sumer tu boleh makan bila balik kg je sebab kalau nak masak sendiri, memang aku sorang jelah yang bedal...
semalam birthday aku, tapi disebabkan adik aku pun sambut birthday dalam bulan yang sama, so 18hb tu mak buat suprise birthday party untuk 2 orang... ala, kecil2an je... abah baca doa, mak jaga Aidi, adik potong kek, aku amik gambar... tapi sayang, abang takde...
sepanjang dalam plane, Aidi asyik panggil abah je... sampai jerit2... bila aku cakap abah 'chocho' (gi buang air)... terus dia diam, macam menunggulah tu... semalam masa balik, aku duduk sebelah minah saleh... dia ngajar muzik kat Merdeka Palace dari England selama 6 minggu tapi baru seminggu kat sini... dia cakap anak dia main gitar bass yang mengiringi persembahan Robbie William... dia kata lagi, kalau nampak yang main gitar tu, anak dialah... I'm a famous mother (angkat bakul dia... hihihi)... dia pun cakap yang Kuching ni antara bandar yang paling bersih kat Malaysia ni... yeah, i can see it... Kuching memang bersih... banyaklah jugak kami berborak dalam english aku yang broken ni, nasib baik dia paham... wakakkakaak.... last2, aku terlupa tanya nama dia dan dia pun tak tanya nama aku... tapi nicelah orangnya...
0 comments:
Post a Comment