Hari ni aku rendam semua langsir, cebek (ala, yg letak kat kepala kerusi tu...), alas meja dan alas tv. Dari pagi aku rendam sampai la ni, kaler dia masya Allah... hitam macam air longkang kat loji kumbahan Indah Water... hihii... petang kang sebelum mandi kena bilas dulu, al maklum bilik air tu kecik sangat... tak selesa nak mandi nanti.
.
Hari sabtu lepas, aku pergi ke MIS PJ ditemani abang dan Aidi. Aku ke sana sebab diminta oleh Mr. Yap untuk berunding tentang status pengajian aku di situ. Dia kata aku boleh teruskan belajar walaupun tak datang kelas, i.e. aku kena belajar sendiri di Kuching nanti. Belajar hanya melalui buku dan internet. Noor pun datang dengan hubby dia sebab dia tak dapat nak teruskan pengajian, dia menjadi guru ganti tapi setelah dipujuk dia pun teruskan tetapi kelas dihujung minggu.
.
Memang tak disangka, mula-mula aku dan Noor nak join kursus ini tapi tiba-tiba Noor yang beriya-iya nak berhenti sebab dah dapat kerja dan ada masalah peribadi dan aku pulak terpaksa mengikut suami bertukar ke Kuching, Sarawak sana. Akhirnya kami masih dapat belajar tapi tak bersama. Dia mungkin akan pergi ke kelas separuh masa iaitu pada hujung minggu, manakala aku belajar secara online sahaja.
.
Tadi Kak Yah (jiran sebelah) datang bagitau nak amik almari buku petang ni. Almari baju mungkin pada hari terakhir nanti setelah semua baju aku punggah keluar, dia datang ambil. Katanya lagi, jika tiada sesiapa yang nak meja makan, dia boleh tolong tanyakan kat akak jiran sebelah sana. Kak tyha tak jadi ambil meja study dan kerusi sebab hubby dia tak bagi. Aku ada tanya kat Kak Mah, mana tau dia nak barang2 yang kat rumah ni, dia kata bagi pada No (anak perempuan dia yg dah kahwin). Sebab no nak pindah ke rumah baru dan baru bercadang-cadang nak beli dapur dan mesin basuh. Aku kata, ok jugak. At least ada jugak orang yang nak diperturunkan nanti.
.
Ok, setakat ini dulu. Esok update lagi.
0 comments:
Post a Comment