Pages

Thursday, February 03, 2005

meniti hari

kembali lagi di sini...

hari ini aku masih lagi mencari jawapan bagi menyelesaikan masalah coding dengan menggunakan unix shell script yang pada dasarnya aku tidak menuntut secara formal untuk menyelami language ini.

aidi... sudah 2 hari asyik menangis malam tika menyusukan... aku bingung... mujur ada abang untuk membantu dan mententeramkan dia... selalu tika menyusukan aku berpesan kepadanya supaya menjadi anak yang baik, soleh, bijak, cerdik dan jangan menangis selalu... dan hari ini, dia mendengar kata-kataku... dia seolah-olah faham yang umminya keletihan saban hari di luar rumah... melaksanakan tuntutan universiti untuk mengakhiri pengajian dengan latihan industri...

abang... semenjak aku berpraktikal ini, rumah sudah tidak seperti dulu... dulu aku rajin mengemas rumah, mengemop lantai, menyusun atur perabot, mencuba pelbagai resepi, menjahit pakaian baru atau lama... tapi semua sudah berubah... aku terpaksa melakukan semua perkara itu pada hujung minggu sahaja... kerana pulang lewat petang dengan tergesa-gesa untuk memasak, membasuh pakaian dan menyusukan... aku jadi terkejut dengan perubahan ini tetapi abang seolah faham dan meredhakan sahaja... sampai ada ketikanya abang menyuapkan makanan kepadaku kerana sibuk menenangkan aidi tika menyusukan... aku pernah bertanya kepada abang... "dalam banyak-banyak kerja, kerja apa yang tak payah balik lewat tapi gajinya lumayan?"... abang menyusun bicara... "sabarlah sayang, nanti kalau gaji abang sudah 5 angka, barulah boleh jadi surirumah sepenuh masa"... mmm... aku akan menunggu saat itu... tetapi buat ketika ini, aku berharap pada diriku supaya bersabar dan terus bersabar kerana hidup di kota metropolitan ini menuntut kewangan sebagai nadinya...

abang dan aidi... 2 lelaki yang amat kucintai... aku harap Allah akan mempermudahkan segala urusan harianku dalam menguruskan kalian berdua... amin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...